Connect with us

Resepi

Gulai Ikan Utara Rasa Masam Sedikit Baru Sedap

Published

on

Tudia gulai pon segak macam orang yang masak. Kata arwah ayah, gulai ikan kena ada masam-masam sikit. Arwah ayah antara seorang lelaki yang pandai masak dan buka kedai makan setelah pencen. Gulai kena masak bagi lama sikit sampai minyak berlenang. Pesen arwah mak mummy kalau buat gulai minyak berlenang. Berlinang ayaq mata teringatkan arwah mak dan arwah ayahanda tercinta.

Bahan-Bahan:

  • 2 ekor ikan bawal – basuh dengan jus limau nipis atau asam jawa
  • 1 sdb – basuh dulu dan tapis
  • Daun kari
  • Halba
  • Asam jawa
  • Santan sekotak kecil
  • Cili hijau, bendi, terung, tomato
  • Garam, gula, perasa

Bahan Hiris:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

Bahan Tumbuk:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Halia

Bahan Rempah:

  • 5 sdb rempah kari ikan
  • 2 sdb serbuk cili – nak pedas tambah la lagi
  • 2 sdb serbuk rempah kari daging

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, tumis daun kari dan halba kemudian kemudian masukkan bahan hiris. Tumis sehingga wangi, bila dah wangi masukkan bahan tumbuk serta bahan rempah (campurkan terlebih dahulu bahan tumbuk dan rempah sekali dalam bekas).

2. Tambah sedikit air dan masaklah sampai rempah garing. Setelah garing tambah air lagi. Ulang masukkan air tu beberapa kali atau sehingga rempah betul-betul masak. Masukkan air sikit-sikit ya.

3. Guna api perlahan saja dan sentiasa kacau supaya tak hangit. Setelah itu masukkan air asam jawa dari segenggam asam jawa. Masukkan juga air secukupnya. Masukkan garam sesiap atau perasa secukupnya. Boleh masukkan sedikit saja cuka makan untuk pejalkan ikan kalau suka.

4. Bila mendidih, masukkan ikan. Setelah, mendidih sekali lagi, masukkan santan sekotak kecil. Biarkan santan tu jangan dikacau untuk mendapatkan minyak yang berlenang atau pecah minyak. Masak sampai kuah mendidih.

5. Seterusnya, kalau nak boleh masukkan bendi, cili hijau atau kalau suka terung boleh masukkan sebelum ikan. Akhir sekali baru masukkan tomato, ikut suka. Boh la banyak mana pun.

Sumber: Makcik Ratu

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending