Connect with us

Tips Dan Petua

Gaji Habis Tak Sampai Hujung Bulan, Cuba Tip Ini Buat Hati Tenang & Gembira

Published

on

Gaji Habis Tak Sampai Hujung Bulan, Cuba Tip Ini Buat Hati Tenang & Gembira

Setiap kali dapat gaji, perkara pertama yang kita akan buat tentulah selesaikan bayaran rumah, kereta dan bagi pada orang tua. Yang tinggal hanya cukup-cukup saja hingga hujung bulan seterusnya hingga gaji habis.

Ada masa perbelanjaan akan lebih pula. Nak kata cukup-cukup saja sampai hujung bulan itu rasanya belum tentu mungkin gaji habis awal. Mulalah fikir cara nak dapatkan duit lain untuk teruskan hari-hari mendatang.

Kadang-kadang, ada juga yang ‘terpaksa korek’ dari akaun simpanan lain sebab memang gaji habis dah tak cukup untuk duit minyak, makan di tempat kerja dan sebagainya. Beruntung, ada yang bekerja lebih masa atau dua pekerjaan demi untuk menampung perbelanjaan ini.

(Klik SINI beli tabung duit gas)

Pakar Ini Kongsi Cara Betul Menabung Duit, Kalau Tak Menyimpan, GAJI HABIS!

ARTIKEL LAIN : Baju Sekolah Anak Kekal Putih Sepnjng Tahun, Ibu Ini Kongsikan Petua Mudah Dan Jimat Tnpa Perlu Sental

Bila duit hanya cukup-cukup saja, mulalah hati tak senang. Tak tentu arah dan boleh hilang mood. Apa nak buat bila gaji habis dan duit tak ada dan makin susut. Ini ada cara dan boleh kita ikuti dari perkongsian Md Azhari Daud.

Bila kita amalkan tip ini, Insya Allah, hati tetap tenang dan gembira walaupun duit dalam poket atau beg duit hanya tinggal beberapa kertas berwarna biru saja.

Hujung Bulan Cukup Makan, Amalkan Tip Ini

Ada 5 tip untuk kita supaya relak, happy dan tenang. Walaupun buka beg duit nampak kosong dan gaji habis.

Tip 1

Setiap kali kita terima duit. Asingkan kepada 3 bahagian. Untuk kegunaan, simpanan dan sedekah.

Duit sedekah boleh disedekahkan setiap hari atau setiap Jumaat atau pun setiap hujung bulan. Tak kisah. Terpulang pada pemberi sedekah.

Sedekahkan setiap hari amatlah digalakkan.

Sekiranya biz online. Dapat je sales. Duit untung tu Boleh bahagikan 3. Duit modal tu simpan jejauh. Nak guna untuk restok barang. Senang. Duitnya dah ada.

Tip 2

Sekiranya setiap hari dah ada duit untuk simpanan tu. Setiap hari lah ke bank untuk menyimpan.

Masukkan ke akaun bank tertentu. Mudah sangat sekarang ni transfer online je akaun tersebut. Klik je di hujung jari

Lupakan duit simpan tu. Tak payah nak kira berapa dah dapat simpan. Simpan dan tutup mata

Tip 3

Bila keluarkan duit dari wallet. Tenangkan fikiran. Senyum. Iringi baca ayat 54 dari surah sad. “Inna haza larizquna maalahu minnafad”

Bermaksud “sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak habis habis”

Baca dan fahami maksudnya. Masa kita baca sambil faham maksudnya hati kita yakin bahawa rezeki dari DIA.

Jadi, walaupun duit tinggal sepuluh senje pun dalam wallet. Hati dan minda kita tetap tenang.

Tip 4

Bila dapat saja duit. Masukkanlah duit dalam wallet dengan iringi ucapan Alhamdulillah ataupun baca Surah Al Fatihah.

Amalan ini kita mensyukuri segala apa yang kita dapat.

Kan janji Allah. Setiap kali kita mensyukuri nikmat Allah pasti Allah tambah lagi nikmat pada kita.

Tip 5

Biasakan baca asmaul husna Ya Mughni (Maha Memberi Kekayaan). Bacalah 1000x setiap hari atau pun sebanyak yang boleh.

Bila kita sentiasa berzikir. Hati dan minda kita tenang. Kita akan sentiasa ingat padaNya.

Jadi, bila wallet kosong tak ada duit pun. Masih boleh senyum dan sentiasa berusaha ke arah kebaikan.

Banyak lagi sebenarnya doa, ayat al Quran, asmaul husna serta amalan yang boleh kita buat.

Kuncinya bila kita tenang. Apa jua kesulitan pasti Allah mudahkan.

Paling penting. Tiang agama sentiasa ditegakkan. Itu yang wajib.

Akhir sekali. Allah pasti bantu kita.

“Sesungguhnya, cara Allah memberi jalan keluar, tidaklah seperti cara yang kita sangka ( masalah duit tidak semestinya selesai dengan duit)”

Jangan terlalu rasa beban duit tak ada. Insya Allah, adalah rezeki kita nanti. Yang penting, kenalah berusaha sebab ia tak akan datang bergolek depan mata.

Selamat mencuba! Semoga Manfaat!

ARTIKEL LAIN : Cara DIY Pewangi Tandas Bau Kayangan, Tak Sangka Memang Harum Baunya Tahan Lama & Jimat Duit

Sumber : Md Azhari Daud

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Buat Sendiri Kerepek Peria Yang Rangup & Sedap. Sekali Rasa Boleh Layan Sampai Habis Sebalang

Published

on

Buat Sendiri Kerepek Peria Yang Rangup & Sedap. Sekali Rasa Boleh Layan Sampai Habis Sebalang

Tak makan peria tapi bila rasa kerepek peria terus jadi suka. Rasanya yang sedap, rangup memang boleh buat kita ketagih makan kerepek ini. Jangan bimbang tak pahit pun, kalau terasa pun pahit-pahit manja saja. Itulah yang buat sedap.

Sekali layan boleh habis sebalang kerepek ni, makan dengan nasi pun sedap juga. Kerepek peria ini memang ramai yang jual tapi kitapun boleh saja buat sendiri di rumah sebab cara buatnya ringkas saja.

Kalau nak cuba buat boleh ikut perkongsian Hasnita Namat ini.

Cara Buat Kerepek Peria

Kerepek peria untuk kudap-kudap sambil tengok tv. Makan dengan nasi pun sedap. Cara nak buat seperti di bawah

1. 3 kilo kerepek peria katak siap dibasuh dan ditos. Tak perlu rendam.

2. Sagat hujung peria, kemudian korek guna belakang sudu. Buang biji-biji peria maka jadilah macam ni.

3. Sagat nipis peria, saya guna sagat kerepek pisang. Sagat kena nipis kalau tebal nanti kerepek tak garing dan jadi lemau.

4. Masukkan peria sagat tadi dalam bekas berpenutup untuk kuantiti sekali goreng dulu. Kemudian masukkan tepung goreng Bestari Pedas bersama dengan tepung goreng Bestari asli (kalau guna tepung Bestari Pedas saja kerepek akan rasa sangat pedas).

5. Campurkan juga dengan tepung beras untuk kurangkan rasa masin. Kuantiti tepung ini agak-agak saja.

6. Bila semua tepung dah masuk dalam bekas, tutup bekas tadi dan goncang supaya tepung melekat rata pada peria macam ni.

7. Kemudian panaskan minyak dan goreng. Minyak kena banyak dan panas. Dah garing bolehlah diangkat dan tos minyak.

8. Simpan dalam bekas kedap udara supaya kerepek tahan lama dan kekal rangup.

TIP : Supaya kerepek tak bertukar warna gelap, ceduk atau tapis lebihan tepung dalam minyak dan buang.

Selamat mencuba.

Sumber: Hasnita Namat

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending