Connect with us

Ap Resepi

First Time Buat Pun Jadi Resepi Sambal Goreng Jawa Nampak Simple Tapi Sedap

Published

on

Resepi Sambal Goreng Jawa bukan sahaja mudah disediakan tetapi juga fleksibel. Anda boleh menambah bahan-bahan lain seperti udang kecil atau isi ayam untuk variasi.

Musim hujan begini memang sesuai untuk hidangan yang ringkas tetapi mengenyangkan. Resepiini adalah salah satu pilihan terbaik, bukan sahaja kerana kosnya yang rendah, tetapi juga rasa yang enak dan pelbagai bahan yang menyelerakan.

Selain itu, kicap manis adalah kunci rasa pada hidangan ini. Jadi, pastikan anda menggunakan kicap berkualiti.

RESEPI SAMBAL GORENG JAWA

Bahan-Bahan Utama:

  • Tempe: 2 keping, dipotong mengikut saiz yang diingini
  • Tauhu: 3 keping, dipotong kecil
  • Ubi kentang: 3 biji, dihiris nipis
  • Suhun: Direndam sehingga lembut
  • Kacang panjang: Dipotong serong
  • Cili padi: Diiris halus
  • Bawang merah: 5 ulas, dihiris
  • Bawang putih: 4 ulas, dihiris
  • Cili boh: 2 sudu besar
  • Halia: Sedikit, ditumbuk halus
  • Kicap manis: Secukup rasa

Cara Memasak:

1. Potong tempe dan tauhu mengikut saiz yang dikehendaki, kemudian gaulkan dengan sedikit kunyit dan garam. Goreng hingga kekuningan, ketepikan.

2. Hiris ubi kentang nipis dan goreng hingga garing. Ketepikan.

3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, halia, dan cili boh hingga wangi.

4. Tambahkan sedikit garam, gula, dan serbuk perasa untuk menyempurnakan rasa.

5. Masukkan suhun yang telah direndam ke dalam tumisan sambal. Gaul hingga sebati.

6. Masukkan tempe, tauhu, ubi kentang, dan kacang panjang ke dalam kuali. Gaul hingga semuanya bercampur dengan rata.

7. Tuangkan kicap manis mengikut cita rasa anda. Gaul lagi sehingga kacang panjang lembut dan semua bahan menjadi sebati.

8. Tutup api, hidangan siap sedia untuk dihidangkan.

Sambal goreng jawa ini sesuai dinikmati bersama nasi putih panas dan padankan dengan masak lemak pucuk ubi atau lauk lain kegemaran keluarga.

Selamat mencuba.

Sumber: AeJaa Sabri

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending