Connect with us

Tips Dan Petua

Elak Keluarga Kerap Batuk Dan Selesma Ini Cara Deep Clean Tilam

Published

on

Elak Keluarga Kerap Batuk Dan Selesma Ini Cara Deep Clean Tilam

Menukar cadar katil dan sarung bantal secara berkala adalah amat penting sebagai langkah penjagaan kebersihan terutama untuk anak-anak kecil. Hal ini kerana, walaupun nampak sahaja macam bersih tetapi anda perlu tahu bahawa habuk dan hama menjadi penyebab anak-anak selalu sakit.

Bukan sahaja sarung yang perlu ditukar, malah tilam yang anda atau anak tidur pun sebenarnya perlu dibersihkan. Berat, macam mana nak bersihkan? Mudah sahaja, anda guna cara DIY untuk membasmi kuman yang terperangkap dalam tilam di rumah tu!

CARA NAK BERSIHKAN TILAM DARI KUMAN

Step by step on how to deep clean your mattress..

Tilam ni tempat biak banyak kuman-kuman kan mcm kita tengok iklan febreez tu..kita habiskan masa secara puratanya 5-8 jam sehari atas tilam, so deep clean sangat perlu ok. Nak angkat tilam jemur memang tak larat la kan nak nak kalau tilam 12 inch tu..so boleh guna cara ni tuk buat deep clean mattress..boleh try buat dalam 4 bulan sekali or time ade family members yang demam ke sakit..

  • 1) Vacuum tilam guna kepala vakum yang kecik muncung tirus tu (tak guna untuk vacum lantai)
  • 2) Hilangkan stain dekat tilam : terpulang la pakai cara apa pun..for me lebih suka letak baking soda, sembur dengan cuka biarkan seketika, gosok dengan kain ( boleh skip step ni kalau tilam tak kotor)
  • 3) Tabur baking soda biarkan dlm 4-6 jam..utk serap moisture n odour
  • 4) Vacum lebihan soda bikarbonat tu
  • 5) Spray dettol + air
  • 6) Anginkan tilam dengan bukak tingkap semua

Dah siap..senang kan?

Sumber : Syuhaidah Asmaa Khalid 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending