Connect with us

Resepi

Donut Gebu White Ring Lembut Sampai Malam

Published

on

Donut kalau dapat white ring keliling mcam ni insyallah lembut sampai ke malam. Saya share resepi ya dan cara buat. Saya uli guna tangan sahaja, tak pakai breadmaker pun insyallah dapat gebu jika betul caranya.

Bahan-Bahan: (7-10 biji)

  • 250gm tepung gandum
  • 3 sudu gula
  • 1/2 tsp garam
  • 1 tsp yis
  • 1/4 tsp baking powder
  • 1 biji telur
  • 100ml air
  • 1 sudu butter/majerin

Cara Membuat:

1. Satukan semua bahan kering dalam mangkuk. Masukkan telur. Gaul sebati sehingga jadi macam serbuk roti kemudian baru masukkan air. Uli 5 minit. Masa ni jangan masukkan majerin atau butter lagi.

2. Lepas uli 5 minit, baru masukkan 1 sudu butter/majerin. Kemudian uli lagi sehingga 5 minit. So total uli ialah 10 minit. Masa uli dengan butter tu, doh akan lembut, JANGAN tambah tepung lagi. Uli saja sehinga butter sebati dengan doh. Lepas uli lama sikit akan nampak doh mula sebati dengan butter/majerin.

3. Biarkan doh kembang selama 40-45 minit. Lepas kembang, tumbuk dia kasi keluar angin. Pastu bentukkan donut. Saya guna penutup botol saja. Lepas dibentukkan rehatkan lagi bagi kembang dalam 20-25 minit. Ikut step ni betul-betul ya.

4. Akhir sekali, goreng donut dengan api perlahan. Jangan kerap terbalikkan donut. Cukup sekali sahaja untuk elakkan donut berminyak. Okay siap.

Sumber: Afiafifah Afwan

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending