Connect with us

Tips Dan Petua

Daun Kunyit Kuning Dan Tak Subur, Lelaki Ini Kongsi Cara Tanam Dan Menjaganya. Barulah Menghijau Daunnya!

Published

on

Daun Kunyit Kuning Dan Tak Subur, Lelaki Ini Kongsi Cara Tanam Dan Menjaganya. Barulah Menghijau Daunnya!

Pokok kunyit adalah antara tanaman yang sering menjadi pilihan untuk dijadikan tanaman halaman rumah. Pokok kunyit yang mempunyai banyak kegunaan untuk masakan, kecantikan dan kesihatan menjadikan ia pokok wajib ditanam halaman rumah.

Tapi nak tanamnya memang cabaran, jika salah cara, habis pokok rosak tapi jika betul pasti merimbun!

Saya juga baru je belajar menanam guna Polly beg ni baru sangat dalam 4 hingga 5 bulan lebih kurang.

Ikuti perkongsian lelaki ini tentang pengalaman tanam pokok kunyit. Hasilnya memang menjadi dan subur!

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah Tanam Kentang, Dalam Polibeg Pun Menjadi. Tip Isi Banyak, Kena Tambah Tanah

Senang cerita kunyit suka sejuk maksudnya redup kalau bawah matahari terus tanpa hujan kurang siram tanah kering dia akan kuning.ini pengalaman sy tanam atas tanah yg terdedah matahari,pokok jarak2 Dan x rapat x de perlindungan.kawasan matahari ptg mmg terik.kalau matahari pagi ok lg dia mampu bertahan tp agak terbakar hujung2 la x la teruk sgt.daun masih blh guna.

Saya pindah dlm Polly beg letak tepi rumah, teduh pokok rambutan .tempat ni mmg sejuk Dan matahari pagi.daun lebih lebar daun lebih hijau Dan sy hanya guna Baja urea kalau Ada nasi basi sy letak sikit2 je Kat tanah dia pas tu gembur2kan.

Tanah yang saya gunakan:

  • Sekam bakar
  • Sabut kelapa halus (cocopaet)
  • Nisbah 3 cocopaet 1 sekam bakar
  • Alhamdulillah Dari 3-4 pokok kini saya mendapat 37 pokok.

Guna Tanah Cocopeat

Guna cocopaet ni sebenarnya senang. Saya pun baru tahu Kita x perlu siram selalu sebab tanahnya mmg sentiasa lembab.dan bila musim hujan dia x terlalu terendam air Dan dia x akan mampat so akar senang bercambah pokok jd besar daun pun besar2 geram tengok sukanyaaaaa.

Potong Batang Jika Ada Pokok Yang Layu Dan Rosak

Ok lagi satu dalam 10 pokok yg Kita tanam mesti Ada salah satunya layu bantut Dan mati.jd saya korek isinya Dan lihat masih cantik keras x membusuk jd sy biarkan saja alhamdulillah dah keluar tunas baru.

Jika Ada pokok anda yg layu Dan mati semua daun potong je batang dia insyaallah dia akn tumbuh semula kalau isinya x membusuk. Jika isinya membusuk baik buang je .gamburkan tanah jika tanah DH mengeras eloknya tukar tanah jika x sesuai

Tanam Kunyit Skala Besar

Jika Kita lihat bagai Mana org tanam kunyit berskala besar berekar2 tp cantik Dan subur walaupun terdedah pancaran matahari pada pandangan sy sebab ia rapat Dan tanahnya lembab x terlalu kering.pembajaan yg bagus kerana mereka memang pakar.tanah bersesuaian,tanah gembur Dan parairan yg bagus.

Belajar Pengalaman Sendiri Tanam Kunyit

Puas juga sy Cuba Cari di YouTube mencari bagai Mana menanam kunyit tp semua menunjukkan cara menanamnya sahaja tp tidak cara perawatan Dan kawasan yg sesuai. Susah sebenarnya mendapatkan ilmu jika x Ada yg ajar,apa yg Sy dpt semua Dr pengalaman sendiri.belajar Dr kesilapan Dan usaha sampai dpt.sekian ulasan sy yg panjang lebar ini.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Pokok Rimbun Dan Subur Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Baja Organik Di Rumah Mudah Lebih Jimat

Sumber: Azizi Manap Via Keluarga

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending