Connect with us

Resepi

Creampuff Kastad Creamy Rasa Macam Ais Krim

Published

on

My febret dessert Creampuff Kastad Creamy, so sedap. Rasa macam ais krim gitu yang penting tak muak buh filling banyak-banyak. Lembut dan gebu, sedap makan sejuk-sejuk dari peti ais. Makan sorang-sorang pun boleh abis ni.

Bahan-Bahan Puff:

  • 1 cawan air
  • 100 gm butter
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 biji telur gred A

Bahan-Bahan Filling Kastad:

  • 2 cawan susu segar/susu cair
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3 sudu besar tepung kastad
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur A
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Pewarna kuning -optional
  • 1 sudu besar butter
  • 3/4 cawan non dairy whipping cream

Cara Membuat:

1. Kastad Filling;

Satukan susu, gula, tepung kastad, tepung jagung, telur, esen vanila dan pewarna kuning. Kacau di atas api sederhna hingga pekat dan meletup-letup. Tutup api.

2. Campur butter dan kacau hingga butter sebati dengan inti kastad. Masukkan ke dalam mangkuk dan tutup permukaan kastad dengan plastik supaya tak berkepala atau berkerak. Simpan di dalam peti ais selama 2-3 jam.

3. Pukul non dairy whipping cream hingga kental. Campur inti kastad tadi dan pukul hingga sebati saja. Kemudian, simpan di dalam peti ais sekejap.

4. Puff;

Satukan air, butter, gula dan garam. Masak di atas api besar hingga butter cair dan mendidih. Setelah mendidih, kecilkan api, dan masukkan tepung. Kacau cepat-cepat hingga menjadi doh yang licin dan tak melekat pada periuk. Tutup api dan angkat.

5. Biarkan adunan 2-3 minit hingga sedikit suam. Kemudian, masukkan telur. Kacau hingga sebati. Adunannya agak lembut daripada adunan churros ye.

6. Masukkan adunan ke dalam piping bag yang di pasang nozel bintang pecah lapan. Saya guna dua piping bag, satu untuk isi adunan dan satu lagi untuk pasang nozel. Alas loyang pembakar dengan baking paper. Picit adunan seperti di dalam gambar. Kalau nak pusing menjadi bentuk spiral pun boleh.

7. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu pada suhu 180c selama 25-30 minit, api atas bawah. Pasang kipas sekali supaya puff masak sekata. Puff yang telah masak ia akan mengembang dan sedikit merekah.

8. Puff yang elok menjadi ia akan berongga atau kosong dibahagian dalam dan ringan je. Gunting puff dan picit krim kastad. Boleh juga cucuk krim melalui bahagian bawah puff. Sedia dihidangkan atau simpan di dalam peti ais. Sedap sangat makan sejuk-sejuk, rasa macam aiskrim.

Sumber: Nor Al Fatihah T-hah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Resepi Kek Coklat Karamel Lembut Dan Moist

Published

on

Resepi yang mesti anda cuba, kek karamel coklat yang lembut dan moist. Gabungan kek coklat yang moist dengan puding berkaramel ni memang sangat enak.

Bahan Karamel:

  • 2 sudu besar gula pasir

Bahan Puding:

  • 4 biji telur gred A atau B
  • 1 tin (390 gm) susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan Kek:

  • 1/2 cawan serbuk koko*
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1/2 cawan susu cair*
  • 1/2 cawan susu pekat*
  • 1/2 cawan minyak masak*

Bahan-bahan bertanda (*) di masak atas api hingga gula larut & berkilat.

  • 3 biji telur gred A atau B
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan tepung gandum**
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik**
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat**

Bahan-bahan bertanda (**) di ayak bersama)

Cara Membuat:

1. Karamel; Tabur gula di dalam loyang 9 inci (22cm). Cairkan hingga bertukar warna perang muda. Pastikan karamel di ratakan sekeliling loyang. Angkat, biarkan sejuk & keras.

2. Puding; Satukan semua bahan-bahan, iaitu telur, susu cair, susu pekat dan esen vanila. Kacau dengan whisk hingga sebati. Tapiskan adunan puding ke dalam loyang karamel tadi. Akan ada bunyi karamel retak ye, tapi jangan risau, ia adalah perkara biasa.

3. Kukus puding di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 20 minit dengan api sederhana. Bila dicucuk dengan lidi ia tak melekat bermakna puding sudah masak. Angkat dan biarkan 10 minit.

4. Kek; Satukan semua bahan-bahan bertanda (*) iaitu serbuk koko, gula, susu cair, susu pekat dan minyak. Kacau sebati dulu baru, kemudian masak di atas api kecik hingga gula larut dan adunan berkilat. Angkat dan biarkan suam seketika.

5. Pukul telur dan esen vanila dengan whisk hingga berbuih. Tuang adunan coklat yang telah dimasak tadi. Kacau sebati. Ayak tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat ke dalam adunan. Kacau rata dengan whisk.

6. Sapu tepi loyang dengan marjerin. Kemudian tuang adunan kek perlahan-lahan ke atas puding. Kukus di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 45 minit dengan api sederhana. Bila di cucuk dengan lidi ia keluar bersih, bermakna kek sudah masak.

7. Sejukkan kek 20 minit. Sisipkan tepi kek dengan pisau. Letak pinggan di atas kek dan terbalikkan perlahan-lahan. Potong kek dan hidangkan sejuk-sejuk dari peti ais.

Sumber: Nor Al Fatihah

Continue Reading
Advertisement

Trending