Connect with us

Ap Resepi

Cara Mudah Resepi Udang Buttermilk Campak Campak Bahan Siap

Published

on

Cara penyediaannya cukup mudah. Bahan yang diperlukan pula hanyalah udang, butter, bawang putih, cili padi dan beberapa bahan ringkas yang lain.

Pasti ramai dah biasa buat ayam buttermilk, kali ini kita cuba pula masak udang buttermilk. Penggemar udang mesti akan suka menu ini!

Resipi ini pasti membuatkan sesiapa sahaja terliur. Jadi, jika ada yang ingin mencuba, jom lihat cara memasaknya di bawah.

RESEPI UDANG BUTTERMILK

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Udang
  • Butter
  • Bawang putih
  • Daun kari
  • Cili api
  • Susu cair ½ cawan
  • 1 sudu besar susu pekat
  • Garam

Cara memasak:

1. Pertama sekali, goreng udang di dalam minyak hingga masak.

2. Setelah itu, angkat udang dan ketepikan seketika.

3. Gunakan sedikit minyak sisa gorengan udang, kemudian masukkan butter.

4. Setelah butter cair, masukkan bawang putih, daun kari dan cili api.

5. Tumis ketiga-tiga bahan tersebut sehingga wangi.

6. Kemudian, masukkan susu cair dan susu pekat ke dalam kuali.

7. Jangan lupa untuk menambah garam secukup rasa.

8. Apabila rasa kuah sudah sesuai, masukkan udang yang telah digoreng tadi.

9. Kacau hingga sebati. Jika suka kuah, tutup api sebaik sahaja udang dimasukkan. Jika suka kering, biarkan seketika sehingga kuah pekat.

10. Siap, sedia untuk dihidangkan!

Sumber: Dea Noorfaizura

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending