Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Masak Sambal Sotong Pecah Minyak Elok. Ini Petua Elak Kecut, Berair & Liat

Published

on

Cara Masak Sambal Sotong Pecah Minyak Elok. Ini Petua Elak Kecut, Berair & Liat

Lauk sambal sotong sangat sedap jika digandingkan dengan nasi lemak. Makan dengan nasi putih pun boleh. Tapi tak ramai yang tahu cara memasak sotong sambal yang cantik dan pecah minyak elok, lebih-lebih lagi buat mereka yang baru belajar masak.

Jika salah teknik memasak, sambal sotong akan jadi berair dan kecut. Bukan itu saja, sotong akan jadi liat apabila dikunyah! Oleh itu, mari kita sama-sama pelajari cara penyediaan sambal sotong sedap sebagaimana yang dikongsi oleh Jimmy Aisy di bawah.

TIPS SOTONG SAMBAL TAK KECUT, BERAIR & LIAT

Bahan-bahan:

  • Sotong 500g
  • Cili kering (dikisar)
  • Bawang merah kecil (dikisar)
  • Bawang putih (dikisar)
  • 1 labu bawang merah besar (dihiris)
  • Asam keping/asam jawa
  • Kicap manis 1 sudu (ini rahsia warna sambal cantik dan rasa lemak)
  • Garam/perasa/gula melaka

Cara-cara:

1. Rendam sotong dalam air panas lebih kurang selama 5 minit. Kemudian toskan. Ini bertujuan untuk membuang air sotong yang ada dalam badannya. Kalau nak celur tanpa air pun boleh, nanti sotong akan mengeluarkan airnya. Jika tidak mengeluarkan air sotong sebelum mula menumis, sambal akan jadi berair walaupun sambal dah pecah minyak.

2. Kemudian, tumis cili kisar, bawang putih dan bawang merah sehingga garing dan pecah minyak. Masukkan juga asam keping dan sedikit kicap manis untuk menghasilkan sambal yang cantik dan lemak.

3. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Kemudian, boleh maskkan sotong dan bawang hiris. Jangan masak sotong lebih 5 minit untuk elak ia liat. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.

Tips tahu sambal dah pecah minyak:

  • Keluar buih halus
  • Semakin banyak buih halus, semakin cantik rempah
  • Menumis perlu guna minyak banyak, boleh buang minyak selepas siap menumis (minyak timbuk setelah sejuk)

Selamat mencuba!

Sumber : Jimmy Aisy

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Buat Sendiri Rain Drop Cake Yang Viral Sekarang, Mudah Sangat Rupanya

Published

on

Buat Sendiri Rain Drop Cake Yang Viral Sekarang, Mudah Sangat Rupanya

Sedang elok musim hujan viral pula menu rain drop cake ni. Bila dah asyik lalu di sosial media kita teringin pulak nak tahu macam mana rasa pemanis mulut yang berasal dari negara Jepun ini.

Kalau tiada orang jual di sekitar rumah, apa kata buat saja sendiri. Nak buat pun tak susah sebenarnya, bahan pun mudah dan memang ada di rumah. Kalau nak cuba boleh ikut perkongsian Malnorashima Bt Ismail.

Buat sendiri Rain Drop Cake

1. Sediakan air secukupnya dan masukkan serbuk agar-agar. Bancuh dan masak seperti biasa, tambah gula untuk rasa manis. Tak perlu letak pewarna ya.

2. Kemudian tuang agar-agar tadi dalam acuan. Saya guna acuan kuih lompang saja. Biar mengeras atau boleh letak dalam peti sejuk.

3. Sementara itu buat sirap gula Melaka (macam buat kuih lopes). Sediakan air secukupnya, masak bersama gula Melaka yang dihancurkan. Letak sekali daun pandan. Biar larut kemudian tuang gula putih ikut kemanisan yang dikehendaki. Biar larut dan sedikit pekat.

4. Keluarkan agar-agar yang dah keras dalam pinggan putih supaya nampak jernih, kemudian tuang sirap gula Melaka. Boleh tabur kacang tanah tumbuk yang telah disangai terlebih dulu (resipi asal guna serbuk soya).

Selamat mencuba.

Sumber: Malnorashima Bt Ismail

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending