Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Hilangkan Kotoran Degil Pada Kasut Gunakan 2 Bahan Ni Saja

Published

on

Cara Hilangkan Kotoran Degil Pada Kasut Gunakan 2 Bahan Ni Saja

Sama ada kamu gemarkan kasut Stan Smith, Vans atau Air Force 1s, tidak dinafikan kasut sneakers putih menjadi trend paling hot tahun ini. What’s not to like? Bukan saja ia item paling mudah untuk disuai padan, malah ia selesa untuk dipakai dari siang ke malam!

Pasti anda resah apabila kasut anda kotor, lagi-lagi kasut yang berwarna putih, memang ketara kotorannya. Jangan risau, kerana kini terdapat cara menghilang kotoran degil pada kasut semudah ABC.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, Mahathir telah berkongsi cara dia berjaya menghilangkan kotoran degil pada kasutnya dengan menggunakan 2 bahan yang boleh didapati dari dapur sahaja.

Putihkan Kembali Kasut Putih Dari Kotoran Degil

ARTIKEL LAIN : Modal Beli Plywood Je Buat Sendiri Almari Buku Besar “Gedabak’. Cuma RM480 Dapat 2 Almari

Baca perkongsian bagaimana cara kembalikan kasut anda putih seperti baharu oleh Mahathir dibawah ini:

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. Cuka buatan
  2. Baking powder

Langkah-langkah:

Campurkan 2 sudu baking powder dan sesudu cuka.

Kemudian, letakkan campuran tersebut pada bahagian yang ingin dibersihkan.

Berus pada bahagian yang kotor dengan menggunakan berus gigi

Sental sampai bersih dan hilang kotoran

Lap menggunakan tisu dan jangan cuci menggunakan air.

Mudahkan cara hilangkan kotoran degil ini dan bahan yang digunakan sangat mudah untuk didapati. Diharap perkongsian ini dapat dimanfaatkan anda dan anda tidak perlu risau lagi jika kasut anda kotoran degil kelak.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Kalau Dalam Rumah Banyak Semut, Buat Spray Homemade 3 Bahan Ini. Mudah & Lebih Selamat

Sumber: Mahathir

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending