Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Sendiri Putu Mayam Pandan Guna Acuan Maruku, Kukus 2-3 Minit Dah Siap. Mudah Dan Sedap

Published

on

Cara Buat Sendiri Putu Mayam Pandan Guna Acuan Maruku, Kukus 2-3 Minit Dah Siap. Mudah Dan Sedap

Ingatkan susah buat putu mayam rupanya mudah saja. Memang boleh sangat kalau nak buat sendiri di rumah. Kali pertama buat pun boleh menjadi.

Ini yang dikongsi Nor Fatihah Nawi,l katanya demi memenuhi keinginan anak beliau cuba membuatnya sendiri walau tak pernah belajar menyediakan hidangan ini. Tapi menariknya ia tetap menjadi. Berikut adalah bahan dan cara membuat putu mayam pandan yang dikongsi.

Cara Buat Sendiri Putu Mayam Pandan

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Rojak Mamak, Masak Sendiri Baru Puas Makan

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung beras
  • 2 cawan air
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan minyak jagung/minyak masak
  • Pes pandan (jika nak rasa pandan & warna hijau)
  • Untuk lapik boleh guna daun pisang semasa mengukus
  • Gula perang (brown sugar)
  • Gula merah/gula melaka – dihiris halus kelapa parut putih digaul dengan secubit garam

Cara membuat:

1. Sediakan daun pisang yang dipotong bentuk bulat.

2. Panas dan didih air terlebih dahulu.

3. Bila sudah mendidih masukkan garam dan minyak jagung gaul rata.

4. Tutup api masukkan tepung beras sedikit-sikit sambil terus mengacau hingga jadi adunan lembut. Jika perlu, belum jadi adunan lembut tambah tepung sedikit-sedikit sahaja.

5. Masa adunan panas masukkan ke dalam acuan maruku pilih lubang yang paling kecil untuk putu mayam.

6. Putar acuan secara membulat di atas daun pisang yang telah disapu sedikit minyak jangan terlalu tebal.

7. Susun dalam kukus. Kukus lebih kurang 2 ke 3 minit sahaja sudah masak alihkan putu mayam ke dalam bekas.

8. Sedia dihidang bersama dengan kelapa dan gula.

Selamat Mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Bancuh & Kirai Roti Jala Supaya Tetap Lembut Walaupun Dah Semalaman

Sumber: Nor Fatihah Nawi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending