Connect with us

Ap Resepi

Cara Buat Roti Sardin Crunchy Dan Sedap

Published

on

Ibu request nak roti sardin crunchy, ayah pula request nak bihun goreng untuk makan petang ni. Maka, terhasil lah menu roti goreng inti sardin yang rangup ni.

Bahan-Bahan:

  • Roti gardenia 1 buku yang pendek
  • Sardin 1 tin besar (Iqa suka buang tulangnya dan ikannya gorengkan sekejap dan angkat)
  • Bawang merah besar 1 labu (hiris)
  • Air asam jawa – agak-agak je
  • Secukup rasa – agak-agak je
  • Tepung gandum 2 cawan
  • Telor ayam sebiji
  • Serbuk kunyit – agak-agak je
  • Air sejuk

Cara Membuat:

1. Buat Inti; Ikan sardin yang dah goreng tadi kite pecah-pecahkan, jangan hancur sangat, sikit-sikit je. Ambik sos sardin tu sikit je agak-agak ya. Masukkan bawang merah besar hiris + air asam jawa dan secukup rasa. Gaul bagi rata. Boleh letak cili api kalau suka pedas, iqa tak buh sebab anak-anak pun nak makan.

2. Roti ambik sekeping letak atas pemotong, ratakan sedikit inti ke atas roti tersebut, jangan nipis sangat dan jangan tebal sangat bubuh inti tu ye. Letak sekeping lagi roti ke atasnya. Ambik pisau dan potong bagi bentuk segitiga. Buat sampai habis.

3. Bancuhan tepung tu pula, masukkan tepung gandum, pecahkan sebiji telor, secukup rasa dan sedikit serbuk kunyit dengan air sejuk. Air tu agak-agak je letak jangan pekat dan cair sangat bancuhan tu. Kacau jangan bagi berketul.

4. Celupkan roti sardin kite buat tadi ke dalam bancuhan tepung. Hati-hati jangan sampai isi terkeluar ya, dan terus gorengkan dalam kuali yang ada minyak dah kite panaskan. Terbalikkan dan angkat bila dah keemasan sedikit. Ulang sampai habis. Siap.

Sumber: Shafiqah Abd Razak

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending