Connect with us

Ap Resepi

Buat Tambah Nasi Resepi Udang Galah Masak Kerisik

Published

on

Jika ada udang yang segar, bolehlah cuba masakan ini. Resepi udang galah masak kerisik ini memang sangat sedap dan membuka selera.

Biasanya bahan ini sudah ada di dapur setiap rumah. Cara penyediaannya tidak susah mana, hanya memerlukan bahan-bahan yang disebutkan di bawah.

Tidak ada salahnya jika kita cuba resepi lain yang menarik. Bosan juga jika asyik masak menu yang sama sampai berulang kali kan? Jom cuba!

RESEPI UDANG GALAH MASAK KERISIK

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Udang galah (basuh bersih)
  • 3 sudu besar kerisik
  • Cili kering (rebus dan kisar)
  • 3 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Halia sebesar ibu jari
  • 2 sudu kecil serbuk kari
  • Ajinomoto
  • Garam
  • Gula
  • 2 keping asam keping
  • 3 tangkai daun kari

Cara memasak:

1. Bersihkan udang dari segala kekotoran. Lumur dengan sedikit kunyit dan garam sehingga rata pada semua udang. Kemudian gorengkan seketika sehingga separuh masak. Angkat dan toskan, ketepikan terlebih dahulu.

2. Tumis kerisik, cili kisar, bawang besar, bawang putih dan halia yang sudah dikisar sehingga naik bau. Apabila sudah naik bau, masukkan daun kari, asam keping dan serbuk kari.

3. Masukkan juga sedikit air. Kemudian masukkan udang dan gaul sebati.

4. Perasakan dengan ajinomoto, garam dan gula secukup rasa. Selamat mencuba!

Sumber: Ben Ariel

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending