Connect with us

Tips Dan Petua

Buat Pokok Stres! Tip Paksa Pokok Lemon & Limau Berbuah. Guna 2 Teknik Ini

Published

on

Buat Pokok Stres! Tip Paksa Pokok Lemon & Limau Berbuah. Guna 2 Teknik Ini

Ramai yang tanam pokok jenis limau termasuklah lemon dengan harapan bila berbuah senanglah untuk guna dalam masakan atau minuman.

Tapi masalahnya harapan tinggal harapan, lama menunggu pokok pun dah besar tapi tak juga berbuah. Dah letak baja buah, pangkas dahan dan siram secukupnya namun belum berhasil.

Jika begini mungkin sampai masa untuk kita buat pokok stres. Ini sebenarnya cara untuk memaksa pokok berbuah.

Tip Paksa Pokok Lemon & Limau Berbuah

Terdapat beberapa cara untuk buat pokok stres supaya akhirnya berbunga serta berbuah.

1. Kaedah stres air

  • Jika tanam pokok limau dalam pasu boleh buat kaedah buat stress air dulu dalam 2 minggu.
  • Caranya sekiranya hari-hari siram 5 liter air, kurangkan jadi 1-2 liter sahaja, itu pun jangan siram hari-hari. Bila daun nampak agak layu barulah disiram.
  • Selepas 2 minggu baru pangkas & letak baja buah yang tinggi unsur P&K contoh baja MKP (0-52-34). Selepas itu boleh siram seperti biasa semula.

2. Kelar ranting pokok

  • Jika tanam pokok di atas tanah boleh cuba buat teknik kelaran pada ranting pokok.
  • Caranya, pilih ranting yang sihat dan matang dan buang beberapa helai daun.
  • Kemudian gunakan pisau dan buat sedikit kelaran (buang kulit biar nampak batang) pada keliling ranting.
  • Lakukan penjagaan seperti biasa, selepas dua tiga minggu pokok akan stres dan mengeluarkan bunga seterusnya buah.

Semoga bermanfaat!

Boleh juga tonton video penuh seperti di bawah;

Sumber: Pyan Sempoi & Youtube @Encik Nelayan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Rahsia Buat Kuih Siput Yang Terlajak Gebu, Kena Lebihkan ‘1 Bahan’ Ini

Published

on

Rahsia Buat Kuih Siput Yang Terlajak Gebu, Kena Lebihkan ‘1 Bahan’ Ini

Kuih Siput merupakan salah satu kuih yang sentiasa menjadi pilihan ramai setiap kali Hari Raya Aidilfitri. Sesiapa yang tak suka kuih manis, sesuai sangat buat kuih ini.

Kalau ada yang nak cuba buat nanti, jangan lupa guna resipi ni tau. Sebab ada rahsia nak buat kuih siput supaya lebih gebu dan sedap.

RESIPI KUIH SIPUT YANG GEBU

Bahan-bahan:

  • 1kg tepung gandum
  • 3 sudu cili kisar (nak pedas tambah lagi)
  • 1 paket kecil rempah kari daging (nak letak pun boleh tak nak letak pun ok saja)
  • 2 biji telur
  • 1 cawan mentega cairkan (Tips kalau suka gebu boleh lebihkan mentega/marjerin)
  • 1 cawan air (letak sekali dengan garam )
  • Garam secukupnya

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan-bahan di atas tepung gandum, cili kisar, rempah kari, telur, mentega yang sudah dicairkan serta air garam. Gaulkan sehingga menjadi doh.

2. Bila doh dah sebati (tak keras, tak lembut dan betul-betul sesuai untuk diterap nanti), bolehlah gentel kecil-kecil dahulu sebelum diterap di atas papan penerap siput.

3. Bila semuanya siap, panaskan minyak dan goreng hingga keperangan.

Selamat mencuba ya!

Kredit: Fatin Harnita

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending