Connect with us

Ap Resepi

Buat Pencuci Mulut Resepi Agar-Agar Santan Sirap Rose

Published

on

Agar-agar ini boleh dibuat dengan menggunakan 2 jenis agar-agar iaitu agar-agar tali dan agar-agar serbuk. Boleh menggunakan Resepi Agar-Agar Santan Sirap Rose untuk buat salah satu jenis mengikut kesukaan anda.

Penggemar manisan pencuci mulut wajib cuba agar-agar sirap rose ini pula. Cukup sedap jika dimakan sejuk-sejuk ketika baru dikeluarkan dari peti ais.

Di samping itu, agar-agar ini juga akan terpisah kepada dua lapisan selepas ia disejukkan. Jadi, MyResipi akan kongsikan tips kepada anda supaya lapisan tersebut lagi mudah terbentuk.

RESEPI AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROSE

Bahan-bahan:

  • 20g agar-agar tali (boleh juga guna serbuk agar-agar 10gm @ 11gm)
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula
  • Seketul kecil gula batu
  • 1 biji telur gred A
  • 1 kotak santan kara 200ml + 1 cawan air (jadikan 2 cawan santan)
  • 3 helai daun pandan (simpulkan)
  • Pewarna sirap rose
  • Sedikit pewarna cochineal tiruan dari star brand
  • Sedikit esen vanilla
  • Sedikit garam

Cara penyediaan:

1. Masak agar-agar bersama air sehingga larut. Kemudian masukkan gula dan gula batu. Kacau-kacau rata.

2. Masukkan pewarna sirap rose. Kalau tak nak nampak pucat, boleh tambah sedikit pewarna cochineal. Kacau rata.

3. Seterusnya, pecahkan telur ke dalam santan. Kacau lagi hingga sebati menggunakan whisk.

4. Tuang terus ke dalam periuk agar-agar tadi. Masukkan juga sedikit esen vanilla dan sedikit garam. Kacau seketika guna api besar.

5. Biarkan agar-agar masak dan mendidih membuak sampai ke permukaan periuk. Tutup api. Baru dikacau-kacau seketika.

6. Tuang ke dalam loyang saiz 8×8, biarkan beku/sejuk. Nanti akan terbentuk menjadi 2 lapisan sama.

7. Boleh juga selepas tuang adunan dalam loyang, cuba gerak-gerakkan loyang kiri kanan sekejap supaya bila sejuk, agar-agar lagi mudah terbentuk lapisan sama atas bawah.

8. Simpan dalam peti sejuk selama 1 hingga 2 jam. Selamat mencuba!

Sumber: Zura Zul

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending