Connect with us

Ap Resepi

Buat Minum Petang Resepi Kuih Lepat Liat Mudah Rupanya

Published

on

Kalau beli Kuih Lepat Liat agak susah juga nak dapat yang rasanya memuaskan hati. Di kampung-kampung agak mudah untuk ‘jumpa’ kuih yang sedap sebab ramai orang-orang lama suka kuih ini.

Nikmatnya petang-petang ini kalau makan Kuih dengan secawan teh. Mudah saja nak buat ikut resepi sukatan cawan yang dikongsikan oleh Mas Cotek ini.

Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri. Bila buat sendiri, boleh dapat banyak. Makan pun puas. Siap boleh makan berulang-ulang.

RESEPI KUIH LEPAT LIAT

Bahan A:

  • 3 cawan tepung pulut
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula

Bahan B:

  • Daun pisang untuk membungkus
  • Kelapa parut ( gaul dengan sedikit garam) – untuk inti/jika suka

Cara-cara memasak:

1. Satukan bahan A dan masak atas api. Tak perlu hingga mendidih. Cukup masak hingga gula larut dan tidak berketul.

2. Angkat dan tapis bahan-bahan yang dimasak tadi. Sejukkan.

3. Kemudian tuang campuran tadi ke dalam bekas berisi tepung pulut sedikit demi sedikit.

4. Uli dan adun hingga menjadi sebati. Pastikan doh jadi lembut dan tidak keras.

5. Sediakan daun pisang dan sapu sedikit minyak di permukaannya.

6. Ambil 2 sudu makan adunan, letak atas daun pisang yang telah disapu minyak tadi. Leperkan.

7. Kemudian letakkan inti kelapa dengan secukupnya. Jika tidak mahu inti, boleh abaikan penggunaannya.

8. Bungkus kuih dengan kemas dan susun dalam periuk kukusan. Kukus hingga masak. (empunya resipi kukus selama 40 minit menggunakan api perlahan)

9. Bila dah masak, angkat kuih dan sejukkan. Sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba.

Sumber: Mas Cotek

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending