Connect with us

Ap Resepi

Boleh Buat Niaga Resepi Puding Terpaling Sedap Dan Gebu

Published

on

Dengan kos yang rendah dan rasa yang enak, ia sesuai dijadikan menu jualan di pasar malam, tepi jalan, sekolah, atau secara penghantaran dari rumah. Jangan risau, kami sertakan sekali tip menarik untuk jualan anda!

Pernahkah anda terfikir untuk menambah pendapatan dengan membuat jualan makanan? Resepi puding gebu yang satu ini bukan sahaja mudah disediakan, tetapi juga sangat laris untuk dijual.

Yang paling menarik, puding ini lembut, tidak terlalu manis dan sesuai untuk semua golongan.

Jom kita lihat cara penyediaannya!

RESEPI PUDING GEBU

Bahan-Bahan:

  • 1 paket serbuk agar-agar (10g)
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat (boleh tambah atau kurangkan ikut citarasa)
  • 3 tin air kosong (guna tin susu cair sebagai sukatan)
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara Penyediaan:

1. Masukkan serbuk agar-agar, susu cair, susu pekat, air kosong, tepung kastard, dan esen vanila ke dalam periuk. Pastikan semua bahan disatukan sebelum memulakan masakan.

2. Hidupkan api perlahan dan kacau campuran ini tanpa henti. Kacau hingga adunan menjadi sebati dan mula mendidih. Ini penting untuk mengelakkan adunan berketul dan memastikan puding menjadi halus serta gebu.

3. Setelah mendidih, matikan api. Biarkan adunan sejuk sedikit (suam).

4. Tuangkan adunan ke dalam bekas pilihan anda. Anda boleh menggunakan bekas kecil untuk jualan individu atau loyang besar jika untuk keluarga.

5. Jika ingin membuat puding yang berperisa buah-buahan, sapukan filling (contohnya, jem strawberi atau blueberry) pada bahagian dalam bekas sebelum menuang adunan puding.

6. Untuk topping, larutkan 1 sudu besar gelatin dengan sedikit air suam. Campurkan gelatin ini dengan filling buah pilihan anda, kemudian tuangkan ke atas permukaan puding.

7. Biarkan puding sejuk pada suhu bilik sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk. Tunggu sehingga puding betul-betul keras sebelum dihidangkan atau dijual.

Tip menarik untuk jualan:

Gunakan bekas yang menarik untuk meningkatkan nilai jualan. Bekas kecil dengan penutup sesuai untuk jualan individu.
Tambahkan hiasan seperti hirisan buah, daun pudina, atau percikan coklat untuk tampil lebih eksklusif.
Letakkan label comel dengan nama puding dan harga jualan untuk memikat pelanggan.

Selamat mencuba.

Sumber: Azlina Ina

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending