Connect with us

Ap Resepi

Belum Pernah Cuba Wajib Buat Resipi Apam Berkuah

Published

on

Untuk membuat apam berkuah, kita memerlukan beberapa bahan penting yang mudah dapat di kedai berdekatan. Apam berkuah adalah salah satu kuih kampung yang paling popular.

Jom kita tengok resipi penuh di bawah ini dan anda sebagai pembaca wajib cuba di rumah!

RESIPI APAM BERKUAH

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • Gula merah 3 sudu besar
  • Gula putih 2 sudu besar + garam 1/2 sudu kecil
  • Air 2 cawan
  • Gula nisan besar 1 keping
  • Daun pandan 3 helai (optional)

Bahan B:

  • Yis mauripan 1 pek (11g)
  • Gula 1 sudu besar
  • Air 1 cawan

Bahan C:

  • Tepung gandum 300g
  • Tepung beras 300g
  • Pisang 400g (dilenyek/dikisar halus)

Cara Membuat Apam:

1. Masak semua bahan A hingga cair. Tapiskan sebelum campur dengan bahan B dan C.

2. Masukkan yis bersama gula dan air. Kacau rata dan tunggu selama 10-15 minit hingga yis mengembang.

3. Campurkan kesemua bahan A, B, dan C. Kacau rata dan pastikan tidak ada tepung berketul.

4. Perap selama 1 1/2 ke 2 jam.

5. Sapukan minyak pada acuan dan kukus selama 20-25 minit bergantung pada pengukus dan acuan.

6. Bila masak, sejukkan selama 5 minit sebelum keluarkan.

Cara Membuat Kuah:

Bahan kisar halus:

  • Bawang besar 1 biji
  • Bawang merah 2 biji
  • Lengkuas 1 inci
  • Halia 1/2 inci
  • Kunyit 1/2 inci

Bahan tumbuk:

  • Ketumbar 2 sudu kecil (disangai)
  • Jintan manis 1 sudu kecil (disangai terlebih dahulu)
  • Lada hitam 2 sudu kecil
  • Ikan selayang 2 ekor (direbus dan diambil isi)
  • Rempah masak cap ros 1 sudu kecil (optional)
  • Santan 1 kotak kecil
  • Kerisik 1 sudu kecil
  • Kelapa parut 1 sudu besar (optional)
  • Nisan secukup rasa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara Membuat Kuah:

1. Tumis bahan kisar halus hingga naik bau.

2. Masukkan bahan tumbuk dan rempah. Tumis lagi hingga pecah minyak.

3. Masukkan 1 cawan air dan santan. Masukkan 1 cawan air lagi (kepekatan terpulang pada citarasa).

4. Masukkan ikan, kelapa parut, dan kerisik. nisan, garam, dan gula.

5. Kuah hendaklah tidak terlalu cair dan terlalu pekat.

Bahan Kelapa Parut:

  • Kelapa parut 1/2 biji
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat Kelapa Parut:

Untuk membuat kelapa parut, kita perlu menggaulkan semua bahan dan kukus dalam 8-10 minit.

Mudah dan tidak terlalu renyah.

Selamat mencuba.

Sumber: Muliadi Ramli

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending