Connect with us

Ap Resepi

Resepi Sate Ayam Sedap Dijamin Lebih Puas Hati

Published

on

Jika ada anak-anak yang ramai, membeli sate dari luar mungkin agak mahal. Kalau beli sikit, tak puas makan. Jom belajar resepi sate ayam ini di rumah. Kalau buat sendiri dijamin lebih puas hati! Sekali buat boleh dapat banyak cucuk!

Jadi, apa kata kita cuba membuatnya sendiri menggunakan resepi di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh saudari Afiqah Hairi.

RESEPI SATE AYAM

Bahan asas untuk perapan:

  • Biji ketumbar
  • Jintan manis
  • Jintan putih
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lengkuas
  • Halia
  • Serai (kena banyak)
  • Garam
  • Gula (kena lebih supaya ada rasa manis)
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk cili

Cara-cara:

1. Mula-mula, kisar semua bahan yang telah disediakan hingga halus. Pastikan semuanya sebati. Selepas itu, rasa adunan dan sesuaikan ikut cita rasa sendiri. Tambah sikit garam atau gula kalau perlu untuk bagi rasa lebih seimbang.

2. Setelah siap kisar, masukkan ayam yang dipotong ke dalam adunan perapan. Pastikan semua ketulan ayam dilapisi rata. Untuk rasa yang lebih sedap, perap ayam selama sekurang-kurangnya satu jam atau semalaman. Rasa akan meresap dengan baik.

3. Bila nak masak, boleh guna kuali pemanggang atau grill. Panaskan kuali dulu sebelum letak sate. Kalau nak lagi padu, bakar guna arang kerana aroma dia lagi sedap!

4. Susun ketulan ayam yang dah dicucuk pada lidi dan panggang di atas api. Jangan lupa balik-balikkan supaya masak sekata dan tak hangus. Biarkan sampai sate jadi keemasan dan dagingnya masak sepenuhnya.

5. Bila dah siap, angkat dan hidangkan panas-panas. Sedap dimakan dengan sos kacang dan nasi impit.

Selamat mencuba.

Sumber: Afiqah Hairi

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Resipi Daging Masak Hitam Pekat Memikat

Published

on

Dah lama teringin nak makan daging masak hitam ni. Cari-cari resipi, terbekenan dengan resipi dari YouTube K.Yan. Dah selalu sangat saya try resipi beliau dan ternyata sedap sebab tak kedekut bahan. Tapi, macam biasalah, saya olah sikit mengikut citarasa saya. Ada bahan rahsia yang digunakan untuk memekat dan menyedapkan masak hitam ni. Tak rugi mencuba. Selamat mencuba.

Bahan-Bahan:

  • 500 g daging lembu (hiris melawan urat)
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 1/4 cawan kicap masin
  • 2 biji bawang besar (hiris)
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 10 tangkai cili kering*
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 4 biji bunga cengkih
  • 1-2 cawan air
  • 1/2 sdb asam jawa + sedikit air
  • 1 sdb kismis hitam

Cara Penyediaan:

1. Perap hirisan daging dengan kicap manis dan kicap masin. Panaskan minyak masak, goreng hirisan bawang besar sehingga layu dan keperangan. Toskan minyak dan ketepikan.

2. Kisar bahan-bahan yang bertanda (*). Tumis bahan kisar dan 4 sekawan sehingga pecah minyak.

3. Masukkan daging dan kicap yang diperap. Tambahkan air. Masak sehingga daging empuk. Kacau sesekali supaya tidak hangit. Kisar bawang goreng bersama dengan kismis hitam.

4. Apabila daging telah empuk, masukkan air asam jawa serta bawang goreng dan kismis yang dikisar. Gaul rata dan biarkan seketika sebelum dihidangkan.

Nota:

  • Sukatan kicap boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kesesuaian.
  • Dalam resipi ini, saya tidak menambah gula dan garam kerana sudah cukup rasanya.

Sumber: Noor Ashikin Saerah

Continue Reading
Advertisement

Trending