Connect with us

Resepi

Ayam Masak Merah Resepi Tukang Masak Katering

Published

on

Guna resepi masak merah ni boleh pelbagaikan lauk, boleh gantikan dengan ikan, udang, atau sotong. Tak perlu guna sos pun tapi kuah tetap pekat melikat.

Bahan-Bahan:

  • 2 ekor Ayam @ Udang @ Sotong – Garam Kunyit kan, goreng 1/2 masak.
  • Cili Boh/Giling 2 senduk
  • Serbuk Cili Babas 2 Sudu Makan
  • Susu Cair 1/2 tin
  • Tomato Puree 1/2 Tin Panjang
  • Daun Pandan 2 helai
  • Bunga Lawang 2 biji*
  • Kulit Kayu Manis 1 batang*
  • Buah Pelaga 5 biji*
  • 6 Sudu besar Gula
  • 1 Sudu Garam
  • 2 Sudu Besar Secukup RASA Maggi @ Kiub Pati Ayam
  • 1/2 cawan Cili Sos

Bahan Blender –

  • Serai 2 batang
  • Halia 3 inci
  • Bawang Holland 1 Labu
  • Bawang Putih 7 ulas

Cara Memasak:

1. Panaskan Minyak. Masuk bahan tumis yang bertanda (*) dan daun pandan. Masukkan pula bahan blender 1/2 dulu. Agak garing masukkan cili serbuk dan cili giling. Masak hingga pecah minyak kemudian masukkan lebihan bahan blender.

2. Biar mendidih, masukkan gula, tomato puree dan susu cair serta tambah air 2 gelas. Biar mendidih hingga pecah minyak. Masukkan ayam yang digoreng. Biar mendidih hingga pecah minyak.

3. Seterusnya, masukkan cili sos. Seimbangkan rasa manis dan masin ikut selera anda. Tambah garam serta tabur bawang besar yang dipotong. Juga boleh tabur kacang peas dalam tin. Dah siap.

Warna masak merah bergantung kepada warna merah cili dan tomato puree. Boleh makan bersama dengan nasi tomato, dalca tulang dan sayur-syuran jelatah timun dan nenas. Selamat mencuba.

Sumber: Mommy Yoi

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Resepi Kek Coklat Karamel Lembut Dan Moist

Published

on

Resepi yang mesti anda cuba, kek karamel coklat yang lembut dan moist. Gabungan kek coklat yang moist dengan puding berkaramel ni memang sangat enak.

Bahan Karamel:

  • 2 sudu besar gula pasir

Bahan Puding:

  • 4 biji telur gred A atau B
  • 1 tin (390 gm) susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan Kek:

  • 1/2 cawan serbuk koko*
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1/2 cawan susu cair*
  • 1/2 cawan susu pekat*
  • 1/2 cawan minyak masak*

Bahan-bahan bertanda (*) di masak atas api hingga gula larut & berkilat.

  • 3 biji telur gred A atau B
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan tepung gandum**
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik**
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat**

Bahan-bahan bertanda (**) di ayak bersama)

Cara Membuat:

1. Karamel; Tabur gula di dalam loyang 9 inci (22cm). Cairkan hingga bertukar warna perang muda. Pastikan karamel di ratakan sekeliling loyang. Angkat, biarkan sejuk & keras.

2. Puding; Satukan semua bahan-bahan, iaitu telur, susu cair, susu pekat dan esen vanila. Kacau dengan whisk hingga sebati. Tapiskan adunan puding ke dalam loyang karamel tadi. Akan ada bunyi karamel retak ye, tapi jangan risau, ia adalah perkara biasa.

3. Kukus puding di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 20 minit dengan api sederhana. Bila dicucuk dengan lidi ia tak melekat bermakna puding sudah masak. Angkat dan biarkan 10 minit.

4. Kek; Satukan semua bahan-bahan bertanda (*) iaitu serbuk koko, gula, susu cair, susu pekat dan minyak. Kacau sebati dulu baru, kemudian masak di atas api kecik hingga gula larut dan adunan berkilat. Angkat dan biarkan suam seketika.

5. Pukul telur dan esen vanila dengan whisk hingga berbuih. Tuang adunan coklat yang telah dimasak tadi. Kacau sebati. Ayak tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat ke dalam adunan. Kacau rata dengan whisk.

6. Sapu tepi loyang dengan marjerin. Kemudian tuang adunan kek perlahan-lahan ke atas puding. Kukus di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 45 minit dengan api sederhana. Bila di cucuk dengan lidi ia keluar bersih, bermakna kek sudah masak.

7. Sejukkan kek 20 minit. Sisipkan tepi kek dengan pisau. Letak pinggan di atas kek dan terbalikkan perlahan-lahan. Potong kek dan hidangkan sejuk-sejuk dari peti ais.

Sumber: Nor Al Fatihah

Continue Reading
Advertisement

Trending