Connect with us

Umum

Anak Gadis Sambung Belajar, Ayah Gigih Bangun Dari Kerusi Roda, Salam Dan Hulur Duit

Published

on

Anak Gadis Sambung Belajar, Ayah Gigih Bangun Dari Kerusi Roda, Salam Dan Hulur Duit

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Demikian ungkapan yang menggambarkan kasih sayang ibu kepada permata hati mereka.

bapa gigih bangun dari kerusi roda untuk bersalaman dan menghulur sedikit duit belanja buat anak gadis sambung belajar.

Bapa ikut hantar walau berkerusi roda

Perkongsian yang dibuat akaun TikT0k Ain Muslim sememangnya membuatkan ramai tersentuh sewaktu adiknya mahu bertolak ke institut pengajian tinggi (IPT) bagi melanjutkan pelajaran.

Anak gadis sambung belajar, bapa gigih bangun dari kerusi roda

Dalam video berkenaan, gaids terbabit sempat bersalam-salaman dengan ahli keluarga yang lain sebelum bergegas bertemu bapanya yang berada di kerusi roda.

Apa yang membuatkan ramai sebak adalah sewaktu bapa gadis berkenaan berusaha bangun dan menyeluk saku seluar bagi mengeluarkan dompet dan menghulurkan duit untuknya.

Momen berkenaan disambut dengan tangisan masing-masing sebelum mereka bersalaman dan gadis bekenaan menyium pipi bapa tersayang.

Dalam keadaan sukar bercakap bapa gadis tersebut menitipkan pesan supaya menggunakan duit yang diberi untuk berbelanja dan jika tidak cukup segeralah memberitahunya.

Ramai tak dapat tahan air mata

Perkongsian berkenaan telah menghadirkan pelbagai komen daripada warganet. Rata-rata ikut sebak melihat momen itu kerana faham bagaimana rasanya melepaskan anak gadis tinggal jauh dari keluarga.

Mereka juga mendoakan agar pelajar tersebut dapat menimba ilmu dengan sebaiknya dan membanggakan orang tua terutamanya ibu bapa.

Belajar rajin-rajin dik. Semoga ibu dan ayah dapat melihat kejayaan awak di masa hadapan. Selamat maju jaya.

Sumber: TikT0k ain_muslim10

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Umum

Cara Masak Lala Pedas Yang Sedap, Guna Tip Ini Supaya Lala Terbuka Senang Nak Makan

Published

on

Cara Masak Lala Pedas Yang Sedap, Guna Tip Ini Supaya Lala Terbuka Senang Nak Makan

Lala selain selalu dibuat masak lemak atau direbus, ia juga sedap jika dimasak pedas. Lauk lala yang begini bukan saja enak dimakan dengan nasi tapi boleh diratah begitu saja.

Cuma untuk memudahkan kita menikmati lala kena pastikan ia terbuka, supaya tak perlulah terkial-kial membukanya. Tip untuk lala terbuka ini boleh dilakukan semasa membasuhnya.

Cara buat lala masak pedas yang sedap

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk besar lala
  • 3 tangkai cili besar merah
  • 5-10 tangkai cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai -diketuk
  • Sos tiram
  • Serbuk Cukup Rasa

Cara membuat

1.Untuk bersihkan lala gunakan cara ini, masukkan lala dalam besen dan rendam dengan air. Kemudian potong beberapa tangkai padi dan masuk dalam besen berisi lala.

2.Biarkan selama 15 hingga 20 minit, pada masa ini lala akan mengeluarkan semua kotoran, selut yang ada di dalamnya dan terbuka. Kemudian bolehlah bilas dan tos.

3. Kisar bawang dan cili hingga hancur.

4. Panaskan minyak, tumis serai dulu kemudian masukkan bahan kisar. Tumis sekejap.

5. Masukkan sos tiram dan serbuk Cukup Rasa. Biarkan air kering.

6. Bubuh lala dan gaul, tak perlu tambah air kerana lala akan keluarkan air.

7. Kacau hingga lala kering, kemudian bolehlah angkat.

Selamat mencuba

Sumber: Cik Puan Sarah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending