Connect with us

Umum

Marah kek Apollonya diambil orang, gelagat kucing ini merajuk buatkan netizen terhibur

Published

on

Marah kek Apollonya diambil orang, gelagat kucing ini merajuk buatkan netizen terhibur

Baru-baru ini tular video seekor kucing comel merajuk apabila kek Apollonya diambil orang. Video yang dimuat naik di TikTok oleh “kimsyaf20” tersebut telah dikongsi oleh netizen hingga hampir 200 ribu kali dan hampir 70 ribu komen dapat dibaca mengenai telatah kucing tersebut.

Melalui rakaman video itu, kelihatan seekor kucing sedang memeluk erat dua pek kek Apollo sambil didukung oleh tuannya. Si perakam video mengambil satu kek Apollo daripada pelukan kucing itu.

Si kucing tersebut terdiam. Satu lagi kek Apollo yang berada dalam pelukan si kucing diambil membuatkan kucing itu mengiau beberapa kali sebagai tanda tidak suka. Si perakam mengagah untuk memberikan kek Apollo itu kepada si kucing dan si kucing cuba menyambutnya tetapi ditarik semula oleh si perakam.

Terhibur dengan telatah kucing itu, si perakam cuba mengusiknya lagi dengan mengambil kek Apollo itu semula. Si kucing mengiau lagi tanda tidak suka diperlakukan sedemikian.

Geram dengan usikan si perakam, kucing itu akhirnya merajuk! Si kucing memeluk tuannya seakan mengadu, “dia ambil kek Apollo saya!” sambil memalingkan wajahnya daripada si perakam.

Si perakam memberikan semula kek Apollo tersebut kepada si kucing. Mungkin masih rasa sebal di dada, si kucing mengambil juga kek Apollo yang dihulurkan kepadanya tetapi ia tidak sedikit pun memandang si perakam. Wajahnya masih lagi mencuka!

Si kucing terus memegang erat kek Apollonya itu dengan wajah yang menunjukkan ia tidak puas hati diperlakukan sedemikian. Kemudian, si kucing diberikan satu lagi kek Apollo.

Dengan wajah yang masih tidak puas hati, ia mengambil kek Apollo itu. Si perakam mengusap kepala si kucing dengan penuh kasih sayang. Seronok bergurau dengan si kucing.

Bagi mereka yang memelihara kucing pasti sudah faham benar dengan sikap dan tingkah laku si comel.

VIDEO KLIK DISINI

Mereka tahu bila kucing mereka marah atau merajuk. Betul, kucing pun tahu merajuk, bimbang dan marah dan tanda-tandanya ialah:

1. Menjauhi anda.

Biasanya kucing memang suka dimanjakan. Namun, menurut Michael Rueb, seorang pakar tingkah laku kucing dan Pengurus Operasi Persatuan Perlindungan Kucing Kebangsaan, jika tiba-tiba ia menjauhi anda dalam tempoh masa yang panjang lebih daripada kebiasaan, itu menunjukkan ia marah, takut atau bimbang.

Apa yang perlu anda lakukan sekiranya berhadapan dengan kucing yang sedang merajuk, bimbang dan marah? Biarkan sahaja. Kucing juga perlukan masa. Ia akan kembali kepada anda apabila ia telah bersedia untuk berhadapan dengan anda.

2. Memberikan jelingan tajam kepada anda.

Jika manusia menjeling kerana tidak puas hati akan sesuatu, kucing juga begitu. Malah dikatakan kucing begitu pakar dalam mengekspresikan perasaannya melalui pandangan matanya. Contohnya jika anda lewat memberi makan kepadanya. Solusinya ialah, berikan makan kepadanya mengikut jadual kebiasaan kata Kac Young, penulis The One Minute Cat Manager.

3. Menyorok di tempat tersembunyi.

Menurut Amy Shojai, perunding tingkah laku kucing bertauliah, kucing yang menyorok ditempat tersembunyi adalah tanda ia takutkan anda atau pun sesuatu atau sedang bersedih. Jika kucing dalam keadaan seperti ini, biarkan sahaja kerana jika anda berkeras, ia akan menjadi semakin agresif.

4. Tidak mahu makan walaupun dihidangkan makanan kegemarannya

Kata Campbell, apabila kucing merajuk, ia mungkin kurang makan atau langsung tidak mahu makan. Tetapi jika kucing tidak makan lebih sehari atau dua hari, sila bawanya berjumpa doktor haiwan kerana mungkin ia sebenarnya sakit.

5. Membuat pelbagai jenis bunyi.

Kucing yang sedang marah boleh membuat pelbagai jenis bunyi, kata Michael Rueb. Jika anda berhadapan dengan situasi seperti ini, cuba lakukan perkara-perkara yang akan mewujudkan suasana yang positif seperti memberi ia makan, mengajaknya bermain dengan permainan, mendandannya atau bercakap lembut dengannya. Percayalah, emosinya akan stabil semula.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Umum

8 Tips Ibu Mengandung Anak Pertama – Apa Perlu Buat Selepas Hamil?

Published

on

8 Tips Ibu Mengandung Anak Pertama – Apa Perlu Buat Selepas Hamil?

Berita kehamilan adalah antara detik paling indah dalam kehidupan pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi untuk ibu mengandung anak pertama, perasaan teruja, gembira dan berdebar datang serentak. Namun, ramai juga yang keliru — apa langkah seterusnya selepas tahu diri hamil?

Jangan risau. Artikel ini kongsikan panduan lengkap dan tips penting untuk ibu hamil kali pertama supaya perjalanan kehamilan lebih tenang, sihat dan teratur.

Perubahan Selepas Hamil Yang Perlu Difahami

Selepas disahkan hamil, tubuh ibu akan mengalami pelbagai perubahan seperti:

✔️ Perubahan hormon
✔️ Emosi mudah sensitif
✔️ Selera makan berubah
✔️ Cepat letih

Ini semua normal, terutama bagi kehamilan pertama.

1. Bersyukur & Perbanyakkan Doa

Langkah pertama yang paling penting ialah bersyukur atas rezeki yang dikurniakan.

✨ Amalkan:

  • Solat hajat
  • Berdoa untuk kesihatan ibu & bayi
  • Berzikir untuk ketenangan

👉 Ketenangan emosi ibu sangat memberi kesan kepada perkembangan bayi dalam kandungan.

2. Buat Pemeriksaan & Buku Rekod Kehamilan

Pergi ke klinik atau hospital untuk:

✔️ Sahkan kehamilan
✔️ Dapatkan buku rekod kesihatan (buku merah)
✔️ Jalani ujian darah & air kencing
✔️ Tetapkan temujanji antenatal

👉 Ini penting untuk memantau perkembangan bayi dari awal.

3. Ambil Vitamin & Suplemen Yang Sesuai

Biasanya doktor akan bekalkan:

✔️ Asid folik
✔️ Zat besi
✔️ Vitamin kehamilan

⚠️ Jangan ambil sebarang suplemen tanpa nasihat doktor.

4. Berhati-Hati Dengan Pengambilan Ubat

Jika anda sedang mengambil ubat:

👉 Maklumkan kepada doktor segera

Sesetengah ubat boleh memberi kesan kepada janin. Doktor akan cadangkan alternatif yang lebih selamat.

5. Elakkan Rokok & Asap Rokok

Merokok boleh menyebabkan:

❌ Keguguran
❌ Bayi lahir tidak sihat
❌ Risiko kematian bayi

👉 Bukan ibu sahaja — suami juga perlu berhenti merokok demi keselamatan bayi.

6. Amalkan Pemakanan Sihat

Pemakanan ibu sangat penting untuk perkembangan bayi.

✔️ Ambil:

  • Sayur & buah
  • Protein
  • Makanan berkhasiat

❌ Elakkan:

  • Makanan segera
  • Alkohol
  • Makanan ringan berlebihan

7. Kawal Berat Badan Secara Sihat

Berat badan perlu dipantau sepanjang kehamilan.

✔️ Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap
✔️ Elakkan diet ekstrem

👉 Kenaikan berat badan yang terkawal membantu kehamilan lebih sihat.

8. Elakkan Kerja Berat, Kekal Aktif

Ibu hamil perlu:

✔️ Elakkan angkat barang berat
✔️ Kurangkan kerja fizikal berat
✔️ Lakukan aktiviti ringan seperti berjalan

👉 Pergerakan ringan membantu melancarkan peredaran darah dan memudahkan proses bersalin.

💡 Tips Tambahan Untuk Ibu Mengandung Kali Pertama

✨ Minum air secukupnya
✨ Dapatkan rehat yang cukup
✨ Elakkan stres berlebihan
✨ Sentiasa berfikiran positif

❤️ Peranan Suami Sangat Penting

Suami perlu:

✔️ Memberi sokongan emosi
✔️ Memahami perubahan hormon isteri
✔️ Membantu kerja rumah

👉 Kehamilan adalah perjalanan bersama, bukan ibu seorang sahaja.

⚠️ Peringatan Penting

Segera jumpa doktor jika mengalami:

❗ Pendarahan
❗ Sakit perut teruk
❗ Muntah berlebihan
❗ Demam berpanjangan

🌟 Kesimpulan

Menjadi ibu buat kali pertama adalah satu perjalanan yang penuh cabaran dan pembelajaran. Dengan penjagaan yang betul, sokongan pasangan dan amalan gaya hidup sihat, kehamilan boleh dilalui dengan lebih tenang dan selamat.

💖 Nikmati setiap detik kehamilan, kerana ia adalah pengalaman yang sangat berharga.

Continue Reading
Advertisement

Trending