Connect with us

Tips Dan Petua

Bapa Ubahsuai Basikal, Sediakan Bumbung & Guna Tong Sampah Demi Keselesaan Anak

Published

on

Bapa Ubahsuai Basikal, Sediakan Bumbung & Guna Tong Sampah Demi Keselesaan Anak

Viral di media sosi4l apabila seorang bapa sanggup mengayuh basikal menghantar dan mengambil anaknya ke sekolah telah berjaya meruntun hati orang ramai.

Menerusi perkongsian seorang pengguna @Hareez Ikmal di laman F4cebooknya, kelihatan seorang bapa berbaju merah sedang mengayuh basikal di tepi lebuh raya selepas menjemput anaknya pulang dari sekolah.

Hareez yang dalam perjalanan untuk ke Tawau terserempak dengan dua beranak tersebut ketika tersangkut dalam kesesakan lalu lintas disebabkan murid-murid di Sekolah Rendah Lahad Datu 2 selesai menjalani sesi persekolahan.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian ramai adalah basikal tersebut telah diubah suai dengan menyediakan bumbung, tempat bersandar dan dua tong sampah diletakkan bahagian kiri dan kanan untuk keselesaan serta keselamatan anaknya.

“Perjalanan kami untuk ke Tawau, bila masuk Lahad Datu jalan jammed sebab budak baru balik sekolah. Tengah-tengah sangkut jammed ternampak sorang pakcik ni kayuh “basikal unik” bawak anak kecik dibelakang.

“Auto sedih bila tengok pakcik ni dan anaknya. Hebatnya kasih sayang seorang Ayah, semoga ada rezeki dapat jumpa di kemudian hari nanti,” ujarnya

Ramai sebak lihat kasih seorang ayah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netiz3n meluahkan rasa sebak apabila melihat pengorbanan serta kreativiti seorang bapa yang sanggup melakukan apa sahaja demi memberi pendidikan terbaik buat anak-anak.

Semoga dipermudahkan urusan

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar segala urusan keluarga berkenaan dipermudahkan selalu dan berharap kanak-kanak tersebut berjaya dalam pembelajaran sekaligus mampu membalas jasa orang tuanya.

Sumber: FB

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending