Connect with us

Tips Dan Petua

Tak Nak Kereta Meragam 5 Part Ini Kena Selalu Check Jangan Dibiarkan

Published

on

Tak Nak Kereta Meragam 5 Part Ini Kena Selalu Check Jangan Dibiarkan

Penjagaan dalaman kereta ibarat menjaga kesihatan tubuh. Sekali ‘jatuh sakit’, jenuh keluar duit merawatnya. Oleh itu, semua pemilik kenderaan perlu mengetahui asas penjagaan enjin supaya prestasinya berada pada tahap optimum.

Jom kita baca 5 tips menjaga enjin yang dikongsikan oleh Servis Kereta ini.

ARTIKEL LAIN : Cara Semulajadi Yang Berkesan Untuk Menghilangkan Bau Busuk Dan Hapak Dalam Kereta

1. Air Filter

Pastikan air filter ini selalu ditukar secara berkala antara 25,000 km ke 40,000 km agar udara yang memasuki enjin sentiasa bersih dan meningkatkan jangka hayat enjin serta penggunaan bahan api.

2. Minyak enjin

Servis minyak enjin mestilah on time iaitu antara 6 hingga 12 bulan mengikut jenis minyak serta pastikan ia menepati spesifikasi enjin yang digunakan. Kalau tak….

Silap haribulan kena overhaul enjin.

3. Fuel filter

“Ni selalu sangat pengguna terlepas pandang. Kadang-kadang tu sampai fuel pump rosak pun tak pernah tukar fuel filter ni lagi. Ni salah satu punca prestasi enjin lemah jadi sila ambil tahu benda ni.””Kalau boleh, setiap 80,000 km ke 100,000 km tukar la.”

4. Palam pencucuh (spark plug)

“Ni pun selalu juga pengguna ambil mudah, selagi tak semput kereta tu selagi tu la dia pakai spark plug ni. Ada pernah sekali sampaikan tip spark plug tu patah pun ada gak.”

“Ingat ya spark plug ni memainkan peranan penting dari segi prestati mahupun penggunaan bahan api.”

5. Seal

“Selalu la cek kalau ada bocor-bocor atau nampak sisa minyak dekat lantai tu. Pastikan semua seal dalam keadaan baik kalau tak nanti banyak la tompok-tompok tahi minyak lepas tu enjin pun akan asyik kekurangan minyak pelincir.”

Sumber: Servis Kereta

Semoga Manfaat!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending