Connect with us

Tips Dan Petua

Jadikan Kisah Pemuda Ini Sebagai Panduan, Sebelum Bina Rumah Di Kampung Untuk Duduk Lepas Bersara.

Published

on

Jadikan Kisah Pemuda Ini Sebagai Panduan, Sebelum Bina Rumah Di Kampung Untuk Duduk Lepas Bersara.

Mungkin ramai kalangan kita yang punya tanah di kampung tinggalan orang tua dan berhajat untuk membina rumah di sana.

Bila dah tak bekerja atau pencen bolehlah berhijrah di kampung pula memandangkan anak-anak dah besar. Tinggal di kampung lebih tenang, kos pun kurang. Ini antara yang dalam fikiran ramai.

Tapi sebelum melaksanakan perancangan ini, mungkin boleh baca dulu perkongsian daripada Zaini Naim di laman X ini. Bimbang kediaman yang tenang kita impikan itu jadi satu bebanan pula nanti.

Pengalaman Bina Rumah Di Kampung

ARTIKEL LAIN : Kerja Asas Kena Tahu Kalau Nak Cat Sendiri Dinding Rumah

Ni aku share pengalaman parent aku sendiri yang dah buat rumah dekat kampung. Pelan asal nak jadikan rumah pencen untuk duduk kat rumah ni dengan ayah aku. Buat rumah guna duit KWSP lepas umur cecah 55 tahun.

Ayah aku yang design pelan rumah. Lepas rumah siap, ayah aku dapat la rasmikan. Buat majlis kesyukuran untuk masuk rumah.

Tahun 2018 ayah aku meninggl. Lepas ayah aku meninggal, perancangan untuk pindah kampung terpaksa dibat@lkan. Yela, takkan mak aku nak duduk sorang-sorang kan? Jatuh dalam bilik air nanti siapa pulak nak bantu.

Aku selaku anak lelaki sulung ambil tanggungjawab jaga mak aku. Kami adik beradik pun memang tak setuju mak tinggal seorang diri kat kampung sebab hati tak tenang nanti.

Biar mak kita sentiasa ada depan mata kita. Dari segi kesihatan, syukurlah mak aku ni takde masalah 3 serangkai. Cuma ada masalah kolester0l tinggi.

Tempat tinggal kami sekarang ni dekat dengan fasiliti hospital & klinik kesihatan. Mudah untuk aku uruskan mak aku. Nak check up semuanya mudah sebab dekat.

Bila mak aku duduk dengan aku, dia mudah jumpa kawan-kawan dia. Makan minum semuanya aku uruskan. Dia sendiri pun duduk rumah penuhkan masa dengan kelas mengaji online. Kat taman perumahan ada surau yang aktif dgn macam aktiviti. Mak aku tak selalu join sebab dia dah ada program lain, kalau dia free dia akan join.

Nilaikan dulu buruk baik sebelum bina

Sekali sekala mak aku rindu kampung, aku lah yang akan teman dia balik. Balik dua beranak je. Tapi nak maintain rumah bukan mudah. Mak aku terpaksa menggaji kontraktor yang buat rumah dia tu dengan bayaran RM500 sebulan untuk uruskan rumah tu dari segi kerja-kerja pembersihan.

Dulu masa mak aku kerja lagi, dia tak nak buat homestay. Tapi lepas dah bersara, dia sendiri berminat buat homestay. Sekarang ni setiap bulan dia bayar RM500 dekat kontraktor dan RM80 tambahan setiap kali ada guest masuk.

Tapi biasalah, orang lain jaga rumah kita tak macam kita jaga sendiri. Sekarang ni rumah tu hanya jadi rumah inap kami sekeluarga setiap kali balik kampung.

Nilailah sendiri kebaikan dan keburukan bina rumah kat kampung. Ambillah pengalaman mak aku sebagai pedoman. Orang yang untung ialah orang yg belajar daripada pengalaman orang lain.

Semoga bermanfaat

Sumber : Zaini Naim

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending