Connect with us

Tips Dan Petua

Tanam Cendawan Tiram Paling Mudah, Cari Tempat Redup Letak Situ. Tak Nak Tanam Boleh ‘Off’ Kan Saja

Published

on

Tanam Cendawan Tiram Paling Mudah, Cari Tempat Redup Letak Situ. Tak Nak Tanam Boleh ‘Off’ Kan Saja

Kalau suka makan cendawan celup tepung yang rangup, elok tanam sendiri cendawan ini. Memang mudah sangat, tak perlu ruang yang banyak pun. Nak tanam dalam rumah pun boleh.

Malah penjagaannya pun senang. Tariq Syahman yang turut menanam cendawan ini berkongsi cara penanaman dan penjagaannya.

Tanam Cendawan Tiram Paling Senang, Dalam Rumah Pun Boleh Tanam

ARTIKEL LAIN : Suka Berkebun Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Tanam Sayur Sawi Di Rumah Sihat Puas Makan

Patutnya cendawan tiram putih ini dituai lebih awal tapi saya terlupa. Pagi tadi tengok-tengok dah kedut-kedut dah keliling kelopak dia tu. Terus saya tuai cepat-cepat.

Cendawan ini kalau terlambat tuai memang akan kedut & ada warna kuning sikit pada batangnya. Kalau kita tuai pada masa yang tepat, kita akan dapat cendawan yang besar, gebu & putih melepak.

Tapi kalau terlambat tuai sikit macam ni, ok saja. Rasa dia tetap sama. Cuma dari segi kosmetik kurang sikit.

Penjagaan mudah

Sebelum ini saya pernah cerita, kalau kawan-kawan ada balkoni atau ruang redup kat rumah yang tak sesuai untuk tanam pokok, lebih baik bela cendawan kat situ. Penjagaannya pun mudah.

  • Beli saja bongkah cendawan yang sudah matang. Boleh beli di Shopee. Lepas itu sediakan tempat yang sesuai. Cendawan sebenarnya tak perlu tempat yang gelap gelita. Cendawan ini cuma perlu tempat yang redup & ada aliran udara yang bagus.

  • Kalau tempat panas, kena lah rajin sikit lembapkan kawasannya. Tapi kalau tempat tak panas sangat, letakkan tuala yang lembap pada bongkah pun dah cukup.
  • Satu lagi benda best jika bela cendawan ini mungkin ramai tak tahu – kita boleh ON/OFF pengeluaran cendawan. Kalau nak OFF – kita cuma perlu tutup saja ‘mulut’ bongkah cendawan rapat-rapat. Kalau nak ON – kita cuma perlu buka balik.

  • Bila mulut tertutup, bongkah tak akan keluarkan cendawan. Bila kita dah buka nanti, baru lah akan keluar semula.

Sebelum ini saya bercuti panjang, saya tutup semua bongkah walaupun ada yang tunjuk tanda nak ‘berbuah’. Lepas hampir 3 minggu ditutup, saya buka semula. Itu yang meriah je keluar semua.

Selamat mencuba

Sumber : Tariq Syahman

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending