Connect with us

Tips Dan Petua

Spicy Spaghetti Carbonara Tomyam, Rasa Creamy + Masam-Masam Pedasnya Pasti Memikat Selera

Published

on

Spicy Spaghetti Carbonara Tomyam, Rasa Creamy + Masam-Masam Pedasnya Pasti Memikat Selera

Bagi peminat makanan western Spaghetti Carbonara tidak asing lagi. Rasanya lemak berkrim dan tidak pedas sesuai dimakan oleh sesiapa sahaja termasuk anak-anak.

Namun jika anda inginkan sedikit kelainan anda boleh cuba resepi Spicy Spaghetti Carbonara Tomyam perkongsian oleh Aien Mohamad ini. Rasanya yang creamy bercampur masam-masam pedas pasti memikat selera dan hati anda.

Dijamin anda akan suka kerana tidak muak kerana ada sedikit rasa pedas. Confirm licin sepinggan makan sorang-sorang!

RESEPI SPAGHETTI CARBONARA TOMYAM

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Sendiri Spageti Aglio Olio Cara Paling Simple Tapi Sedap Sangat

Hari ni kita go for western lah. Tukar selera sikit. Spicy Spaghetti Carbonara Tomyam. Creamy + masam masam pedas. InshaAllah sedap

BAHAN-BAHAN (UNTUK 3 ORANG MAKAN) :

  • 2 sudu besar buttercup
  • 5 ulas bawang putih (cincang halus)
  • Cendawan butang
  • Cili padi (kalau nak pedas)
  • 2 kotak kecil cooking cream brand Emborg/susu cair 400ml
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • Udang
  • Daun limau purut
  • Spaghetti (rebus dulu selama 10 minit)

CARA PENYEDIAAN :

1. Cairkan buttercup. Tumis bawang putih sampai naik bau.

2. Masukkan cendawan butang.

3. Masukkan cooking cream. Guna susu cair pun boleh kalau tak ada cooking cream. Dan kalau nak lebih kuah, boleh lebihkan ya cooking cream/susu cair.

4. Masukkan 2 sudu besar pes tomyam.

5. Masukkan 1 sudu besar susu pekat. Ini untuk buatkan kuah lebih creamy. Kalau tak nak letak pun tak apa. Kacau sebati.

6. Masukkan udang/sotong/ayam. Kemudian masukkan cili padi.

7. Masukkan spaghetti dan daun limau purut. Gaul sebati dan siap!

P/s : Saya tak letak garam/gula sebab pes tomyam dan susu pekat tadi dah cukupkan rasa. Tapi korang boleh season to taste ikut selera ya.

UNTUK AYAM GRILLED PULA :

Perap isi ayam dengan 5 ulas bawang putih yang telah ditumbuk + 2 sudu besar sos tiram + serbuk lada hitam + mixed herbs. Lagi lama perap, lagi sedap. Boleh grill guna magic pan/air fryer.

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Aien Mohamad

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending