Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Semulajadi Yang Berkesan Untuk Menghilangkan Bau Busuk Dan Hapak Dalam Kereta

Published

on

Cara Semulajadi Yang Berkesan Untuk Menghilangkan Bau Busuk Dan Hapak Dalam Kereta

Anak tertumpah susulah, tertinggalkan makananlah, semalam pula termuntah atas kusyen kereta. Macam mana cara hilangkan bau kereta yang dah makin teruk ni? Nanti kalau sembur pewangi banyak-banyak, aku juga yang pening.

Sesetengah orang mungkin tidak suka bau-bauan yang agak memeningkan daripada bahan ki mia, lebih-lebih lagi apabila ada anak kecil atau bayi.

Berikut kami kongsikan beberapa cara hilangkan bau kereta dengan menggunakan bahan pewangi daripada sumber semulajadi.

5 CARA HILANGKAN BAU KERETA MENGGUNAKAN BAHAN SEMULAJADI

Selain menggunakan ‘air-freshener’ atau bahan pewangi yang dijual di pasaran, anda boleh menggunakan beberapa cara hilangkan bau kereta secara semulajadi. Selain menjimatkan, anda tidak perlu risau kesan bahan ki mia. Berkesan!

1. ARANG

Sebelum anda mewangikan kereta, perkara pertama yang mungkin anda perlu pertimbangkan adalah meneutralkan bau busuk, hapak, atau kepam yang dah sedia ada dalam kereta.

Contohnya, kalau ada bau durian, bau bangkai, atau bau muntah – tentu kita perlu hilangkan bau ini terlebih dahulu, bukan? Kalau tiba-tiba disembur pewangi, boleh jadi lebih pening dengan kombinasinya.

Oleh itu, anda boleh mengambil beberapa ketul arang untuk menyahkan bau kurang enak tersebut. Cara pertama, letakkan arang dalam bekas ‘tupperware’ dan biarkan terbuka di lantai kereta. Cara kedua, bungkuskan arang dengan tisu atau beg kain dan letak berhampiran kawasan yang berbau.

Memang ada dijual yang siap macam dalam gambar di bawah ini. Tapi, kalau buat sendiri bukannya susah. Jimat dan berbaloi!

2. SODA PENAIK

Kalau tak ada arang, soda penaik atau ‘baking soda’ adalah satu lagi cara hilangkan bau kereta yang berkesan.

Anda boleh meletakkan satu bekas ‘tupperware’ yang berisi soda penaik ke dalam kereta seperti arang di atas. Satu lagi cara, kalau anda berhasrat nak cuci dan vakum kereta, taburkan dulu soda penaik ini ke atas lantai kereta atau bahagian yang berbau kuat. Biarkan 2-3 jam untuk ia menyerap bau. Kemudian, boleh vakum.

Selalu juga orang gunakan teknik ini untuk menghilangkan bau hancing pada tilam kerana ia efektif untuk menyerap bau.

3. SERBUK KOPI / TEH

Sebagai alternatif, anda boleh cuba cara hilangkan bau kereta dengan menggunakan serbuk kopi atau teh. Kedua-dua bahan ini berkesan menyerap aroma yang kurang sedap dalam kereta. Boleh rujuk cara di bawah ini. Senang saja. Nak guna uncang teh / kopi terus pun boleh.

Mungkin lebih ramai suka gunakan kopi kerana baunya pun harum, segar biji mata! Tapi seeloknya, kalau guna serbuk kopi, pilihlah jenis serbuk kopi yang selalu dibuat kopi ‘o’, bukan jenis ‘instant’ seperti Nescafe apa-apa yang 3-in-one ya. Serbuk kopi ‘instant’ senang larut kalau terkena air. Nanti habis berwarna perang dan rosak pula kain uncang yang digunakan ini.

4. DAUN PANDAN

Bila bau busuk dalam kereta dah hilang, bolehlah tambah keharuman menggunakan daun pandan. Seperti yang kita tahu, daun pandan mempunyai aroma yang wangi dan menyegarkan, sebab itulah ia digunakan sebagai bahan asas dalam bunga rampai.

Siapa yang ada daun pandan di belakang rumah, keratkan 2-3 helai dan ikatkan. Kemudian letakkan di bawah tempat duduk atau di mana-mana ruang dalam kereta.

Kalau nak lebih berkesan, hiriskan daun pandan kecil-kecil dan letakkan dalam beg kain yang berlubang-lubang. (Macam ‘goodie bag’ yang selalu dapat dari rumah kenduri kahwin). Kemudian, gantungkan dalam kereta. Memang harum semerbak!

Tapi, jangan lupa menggantikannya dalam tempoh 2-3 minggu. Bila dah kering dan layu, baunya pun akan hilang sekali.

5. LEMON / LIMAU KASTURI

Kalau ada sebarang tumpahan, basuhkan seperti biasa. Kemudian, perahkan lemon atau limau kasturi pada bahagian yang tak hilang baunya. Biarkan seketika sebelum membilas seperti biasa.

Jus lemon atau limau kasturi juga boleh dibuat ‘spray’ kereta semulajadi. Perahkan pati lemon tadi dengan sedikit air dan campurkan sedikit cuka kerana ia boleh mela wan kulat dan bau hapak. Kemudian, ‘spray’ pada bahagian dalaman kereta.

Sumber: myinfomaya

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Petua Goreng Telur Rebus Supaya Tidak Meletup dan Percik Minyak

Published

on

Petua Goreng Telur Rebus Supaya Tidak Meletup dan Percik Minyak

Telur rebus goreng memang menjadi pilihan ramai terutama apabila dimasak bersama sambal. Tekstur bahagian luar yang sedikit garing membuatkan rasa telur menjadi lebih sedap dan menyelerakan.

Namun, satu masalah yang sering berlaku ketika menggoreng telur rebus ialah minyak akan memercik dan telur kadangkala meletup di dalam kuali. Bukan sahaja mengotorkan dapur, malah boleh menyebabkan tangan terkena percikan minyak panas.

Sebenarnya ada cara mudah yang boleh dilakukan sebelum menggoreng telur rebus supaya masalah ini dapat dielakkan. Dengan teknik ringkas ini, proses menggoreng jadi lebih selamat dan mudah.

Kenapa Telur Rebus Meletup Ketika Digoreng?

Telur rebus mengandungi wap dan kelembapan di bahagian dalam. Apabila dimasukkan terus ke dalam minyak panas, tekanan haba boleh menyebabkan telur pecah lalu menghasilkan percikan minyak.

Sebab itu penting untuk memberi ruang kecil pada permukaan telur supaya haba dapat keluar dengan lebih terkawal semasa proses menggoreng.

Cara Mudah Goreng Telur Rebus Tanpa Meletup

1. Rebus Telur Seperti Biasa

Rebus telur sehingga masak sepenuhnya dan buang kulit telur seperti biasa sebelum proses menggoreng.

2. Sediakan Garfu

Ambil sebatang garfu bersih untuk digunakan pada permukaan telur rebus sebelum dimasukkan ke dalam minyak panas.

3. Cucuk Permukaan Telur Perlahan-Lahan

Cucuk bahagian luar telur menggunakan garfu secara perlahan. Buat beberapa cucukan kecil di bahagian kiri, kanan, atas dan bawah telur.

Pastikan cucukan tidak terlalu dalam supaya telur tidak pecah atau hancur.

4. Goreng Seperti Biasa

Selepas selesai dicucuk, telur boleh terus digoreng seperti biasa. Dengan cara ini, telur lebih mudah digoreng tanpa meletup atau menghasilkan percikan minyak yang banyak.

Tips Tambahan Ketika Menggoreng Telur

  • Pastikan telur benar-benar kering sebelum dimasukkan ke dalam minyak.
  • Gunakan api sederhana supaya telur tidak cepat hangus.
  • Elakkan memasukkan terlalu banyak telur dalam satu masa.
  • Gunakan penutup kuali jika minyak masih memercik sedikit.

Penutup

Walaupun nampak mudah, teknik kecil seperti mencucuk telur sebelum digoreng sebenarnya sangat membantu untuk mengurangkan percikan minyak panas di dapur.

Selepas ini, bolehlah goreng telur rebus dengan lebih tenang tanpa risau terkena minyak atau telur meletup dalam kuali.

Continue Reading
Advertisement

Trending