Connect with us

Tips Dan Petua

Cara mudah halau nyamuk di rumah, hanya guna 1 bahan sahaja

Published

on

Cara mudah halau nyamuk di rumah, hanya guna 1 bahan sahaja

Masalah nyamuk sering menjadi isu bagi kebanyakan kita. Walaupun kadangkala pelbagai cara telah dilakukan namun masalah ini seperti tiada penghujungnya. Kehadiran nyamuk bukan sahaja membuatkan kita hidup dalam keadaan tidak selesa malah kehadiran serangga ini boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

Buat anda yang mengalami masalah ini pastinya pening kepala mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan nyamuk di rumah. Pelbagai produk telah digunakan tetapi serangga ini masih banyak di rumah.

Jangan berputus asa, apa kata anda ikuti petua yang dikongsikan oleh seorang netizen bernama Jason Jezi di laman TikTok ini. Mana tahu ianya akan berhasil!

CARA HILANGKAN NYAMUK DENGAN GUNA SATU BAHAN SAHAJA

Menerusi video TikTok berdurasi 19 saat itu, hanya satu bahan diperlukan iaitu serbuk sabun. Cara penyediaan juga sangat mudah dan hanya sesaat sahaja bahan tersebut boleh disediakan.

Bahan-bahan:

  • Bekas kosong
  • Satu sudu serbuk sabun
  • Sedikit air

Cara penyediaan:

  • Dalam bekas kosong, masukkan satu sudu kecil serbuk sabun. Kemudian, tuangkan air dan kacau hingga sebati.

  • Letak air sabun tersebut di bahagian sudut rumah atau di tempat yang mempunyai banyak nyamuk. Sangat mudah bukan?

VIDEO KLIK DISINI

Selain itu, ada juga beberapa cara alternatif lain yang boleh diusahakan di rumah. Selain selamat dan bersifat semula jadi ianya juga berkesan. Jadi, selamat mencuba!

1) Cengkih dan limau

Potong limau separuh, dan cucukkan 8-9 biji cengkih ke dalam setiap setengah potongan limau. Letakkan di mana saja yang banyak nyamuk.

2) Semburan bawang putih

Kisar bawang putih dan tambahkan satu sudu minyak mineral ke dalamnya. Rendam semalam sebelum minyak tersebut ditapis dan dicampur dengan jus limau dan air.

Semburkan campuran tu pada tubuh yang terdedah pada nyamuk, dan juga pada tumbuh-tumbuhan di rumah anda.

3) Pembersih mulut dan epsom salt

Tambahkan garam Epsom ke dalam sebotol besar mana-mana ubat pencuci mulut yang anda ada. Campurkan sehingga garam larut dan bolehlah disembur di sekitar kediman anda.

4) Semburan kulit kayu manis

Campurkan minyak kulit kayu manis dengan air, dan semburkan campuran tersebut pada kawasan badan yang terdedah pada nyamuk.

Sebenarnya ada juga pokok yang boleh menghalau nyamuk. Jadi, jika ada ruang di rumah anda boleh menanam mana-mana pokok tersebut. Antara pokok yang boleh membantu menghalau nyamuk ialah:

  • Pokok serai wangi
  • Pokok jeremin
  • Pokok bunga tapak dara
  • Bunga kantan
  • Pokok citrosa mosquito
  • Pokok bunga lavender
  • Pokok bunga tahi ayam
  • Pokok selasih
  • Pokok pudina
  • Pokok rosemary
  • Pokok lavender

Ada antara pokok-pokok ini yang bukan sahaja boleh menghalau nyamuk, tetapi boleh juga menghalau serangga lain seperti lalat, semut dan pepijat. Oleh itu, kalau berkesempatan boleh lah tanam pokok ini di rumah dan diharapkan agar masalah serangga terutamanya nyamuk dapat dikurangkan.

Semoga Manfaat!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Bahan ‘RAHSIA’ Nasi Tomato Klasik, Akhirnya Terbongkar!

Published

on

Bahan ‘RAHSIA’ Nasi Tomato Klasik, Akhirnya Terbongkar!

Kalau sebut nasi tomato klasik mestilah gabungan yang padu bersama ayam masak merah. Nasi yang istimewa dihidangkan ketika majlis keramaian memang jarang dijumpai pada hari-hari biasa.

Resipi warisan dari Puan Masmira Idris yang diteruskan dari zaman dahulu dan katanya terdapat beberapa rahsia yang digunakan dalam resipi akan dibongkarkan dalam artikel hari ini.

Puan Masmira Idris juga menggunakan resipi ini untuk perniagaan penghantaran makanan dan katering mini. Jom kita tengok apa ‘rahsia’ dalam resipi nasi tomato ini.

RESEPI KLASIK NASI TOMATO

Bahan A:

  • 4 labu bawang besar (hiris halus)
  • 10 ulas bawang putih (hiris halus)
  • Separuh tapak tangan halia (hiris halus)
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 5-6 biji buah pelaga
  • 2-3 batang kulit kayu manis
  • 6-7 biji cengkih
  • 3 helai daun pandan (koyak dan simpul)
  • 4-5 sudu besar butter/margerin
  • 1.5 cawan minyak masak

Bahan B:

  • 12 cawan beras basmathi (2kg)
  • Air rendaman nenas (ambil suku daripada sebiji nenas, sisa digunakan untuk acar/jelatah)
  • 1 tin tomato soup
  • 1 tin susu cair
  • 5-6 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar gula batu
  • 2 sudu besar garam kasar

Bahan C:

  • 1 tin kecil kacang peas
  • 10 biji bawang merah besar (hiris halus dan digoreng hingga kuning)
  • Segenggam kismis (digoreng sehingga kembang)

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan A sehingga pecah minyak.

2. Masukkan tomato soup dan biarkan mendidih.

3. Masukkan susu cair, susu pekat, gula batu, dan garam kasar. Gaulkan sehingga sebati.

4. Masukkan air rendaman nenas mengikut sukatan yang disebutkan dalam tips penting.

5. Tambahkan beras basmathi yang telah disediakan dan masak sehingga nasi empuk dan beraroma.

6. Sementara itu, goreng bahan C sebagai hiasan untuk nasi tomato.

Tips Penting:

  • Untuk setiap cawan beras, gunakan 1.5 cawan air, termasuk air nenas, air biasa, susu cair, dan tomato soup.
  • 1 tin susu cair atau tomato soup bersamaan dengan 3 cawan cecair. Untuk menjelaskan, tapis isi tin susu cair dengan air untuk menghasilkan lebih banyak cecair.
  • Untuk 20 orang makan, gunakan 12 cawan beras bersamaan dengan 18 cawan cecair.
  • Jenis beras basmathi yang disarankan adalah Basmathi Rambutan Pusa King 1121 atau Basmathi King Jasmine.

Haaa, terbongkar sudah ‘rahsia’ nasi tomato ini.

Jangan lupa cuba!

Sumber: Masmira Idris

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending