Connect with us

Tips Dan Petua

Kaedah Berkesan Hilangkan Bau Busuk Kasut

Published

on

Kaedah Berkesan Hilangkan Bau Busuk Kasut

Antara bau yang tidak digemari adalah bau kasut yang amat busuk. Bayangkan kalau anda pakai kasut stokin, kemudian sarungkan kaki anda yang ada stokin itu masuk dalam kasut yang memang dah busuk, kemudian keluar rumah pergi jalan ziarah rumah kawan.

Bila sampai rumah kawan, biasalah kita orang Melayu nak masuk rumah kena buka kasut. Andapun bka kasut, dan disebabkan malas atau sebab nak tunjuk stokin anda cantik, stokin atau sarung kaki tidak dibuka. Bila anda hanya pakai stokin masuk dalam rumah kawan tu, maka mulalah berbau seluruh ruang tamu rumah akawan anda.

Kalau hidung tak tersumbat, bau stokin yang busuk hasil daripada bau kasut anda yang busuk tadi itu akan memeingkan kepala. Orang akan cepat-cepat nak tamatkan perbualan dengan anda. Atau orang mula nak duduk jauh sikit daripada anda sebab tak tahan bau busuk.

Bau busuk kasut dan stokin anak da ra Perancis

Saya ada pengalaman masa tinggal kat Perancis dahulu. Macam biasa kita orang Melayu, walau kat manapun kita tinggal, masuk rumah tetap kena buka kasut. Walaupun kat negara Perancis tu, orang mereka jenis yang tak buka kasut di dalam rumah, kita tetap tak ikut cara hidup mereka.

Bila jadi macam tu, maka orang Perancis yang kenal kami juga terpaksa ikut budaya buka kasut bila masuk ke dalam rumah Melayu. Begitu juga dengan seorang anak da ra Perancis, anak kepada jiran kami. Pada satu hari dia masuk ke dalam rumah dengan buka kasut tapi tak buka stokin. Masyaallah !, punyalah berbau busuk sampai menusuk hidung di seluruh rumah Melayu. Walaupun bau kari kuat kat dapur, tapi bau busuk kasut yang melekat pada stokin itu tidak terpadam langsung.

Itulah satu pelajaran penting yang saya belajar hari itu. Jangan sesekali ajak anak dar mat saleh masuk rumah kita dan suruh dia buka kasut. Anda tak akan tahan dengan bau yang bakal dikeluarkan nanti. Memang begitulah bau kasut yang busuk bila kita asyik pakai kasut tak buka-buka sepanjang hari.

Hilangkan Bau Busuk Kasut

Kat negara kita cuacanya panas. Bila pakai stokin dan pakai kasut, peluh membuatkan kasut jadi lembab. Ditambah dengan kasut jenis kain di dalamnya, bau busuk itu cepat terjadi dan akan kekal berbau macam itu kalau tak buat sesuattu. Berikut diberikan petua macam mana nak hilangkan bau kasut anda yang busuk dengan cara yang amat mudah dan berkesan:

1. Sumbat kasut dengan kertas surat khabar

Ini cara paling murah pantas dan mudah. Bila waktu malam atau bila anda tak pakai kasut yang busuk tu, ambil kertas surat khabar dan sumbat masuk kedalamnya. Bau busuk itu akan diserap oleh surat khabar jika anda biarkannya semalaman.

2. Masukkan uncang teh

Punca kasut anda berbau busuk adalah disebabkan oleh adanya bakte ria. Jadi jika anda boleh bu nuh bakte ria tersebut, bau busuk akan mula hilang. Anda bleh buat begitu dengan masukkan uncang teh ke dalam kasut anda. Anda perlu masukkan dahulu uncang teh ke dalam air panas supaya bahan Tannin dalam teh keluar. Keluarkan uncang, perah airnya dan biarkan ia kering sedikit. Lepas itu masukkan ke dalam kasut dan biarkan beberapa jam.

3. Masukkan lemon dalam kasut

Bau lemon kuat segar dan boleh hilangkan bau busuk kasut anda denga mudah. Be lah lemon sekeping, kemudian perah sedikit dalam kasut kemudian tinggalkan kepingan lemon itu dalam kasut anda semalaman. Insyaallah bau akan hilang keesokkan harinya.

Saya ada sebut satu bahan bernama tannin di dalam serbuk teh dalam uncang tadi di atas. Bahan tannin adalah satu bahan yang berkesan yang mampu membu nuh bakte ria yang ada di dalam serbuk teh. Untuk keluarkan bahan tersebut, kita perlu masukkan serbuk teh ke dalam air panas beberapa minut, barulah dia keluar.

Sekarang anda dah tahu macam mana nak hilangkan bau busuk kasut anda dengan caara mudah dan berkesan. Boleh cuba malam ini dan tengok esok pagi keberkesanannya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

3 Cara Buat Baja Organik Daripada Kepala dan Kulit Udang Untuk Suburkan Tanaman

Published

on

3 Cara Buat Baja Organik Daripada Kepala dan Kulit Udang Untuk Suburkan Tanaman

Kepala dan kulit udang biasanya dianggap sebagai sisa dapur yang tidak lagi digunakan selepas proses memasak. Kebanyakan orang akan terus membuangnya, manakala sebahagian lagi menjadikannya bahan untuk menghasilkan stok masakan.

Namun, tidak ramai yang mengetahui bahawa sisa udang ini sebenarnya boleh dimanfaatkan sebagai baja organik yang berpotensi menyuburkan tanaman. Kandungan nutrien semula jadi yang terdapat pada kepala dan kulit udang boleh membantu memperbaiki kesuburan tanah serta menyokong pertumbuhan pokok.

Bagi penggemar berkebun di rumah, penggunaan baja organik daripada sisa dapur bukan sahaja menjimatkan kos, malah membantu mengurangkan pembaziran bahan makanan.

Mengapa Kepala dan Kulit Udang Baik Untuk Tanaman?

Kulit dan kepala udang mengandungi pelbagai unsur semula jadi yang boleh memberi manfaat kepada tanah dan tumbuhan apabila diuraikan dengan betul.

Antara bahan yang sering dikaitkan dengan kulit udang ialah chitosan, iaitu sebatian semula jadi yang banyak digunakan dalam bidang pertanian bagi membantu meningkatkan ketahanan tanaman terhadap tekanan persekitaran tertentu.

Apabila diproses menjadi baja organik, sisa udang dapat menjadi salah satu sumber nutrien tambahan untuk tanaman di rumah.

1. Air Rebusan Kepala Udang

Kaedah ini sesuai bagi mereka yang mahukan cara paling mudah dan cepat untuk memanfaatkan sisa udang.

Cara Penyediaan

  1. Kumpulkan kepala dan kulit udang yang telah dibersihkan.
  2. Rebus sehingga mendidih dalam air yang mencukupi.
  3. Biarkan campuran sejuk sepenuhnya.
  4. Asingkan air rebusan daripada sisa pepejal.

Air rebusan yang terhasil boleh digunakan untuk menyiram kawasan tanah di sekitar pokok selepas dicairkan mengikut keperluan.

Sementara itu, baki kepala dan kulit yang telah direbus boleh ditanam ke dalam tanah sebagai bahan organik tambahan yang akan terurai secara semula jadi.

2. Sangai atau Jemur Hingga Kering

Kaedah kedua lebih sesuai untuk mereka yang ingin menghasilkan baja yang tahan lama dan mudah disimpan.

Cara Penyediaan

  1. Jemur atau sangai kepala dan kulit udang sehingga benar-benar kering.
  2. Pastikan bahan menjadi rapuh sebelum diproses.
  3. Kisar atau tumbuk sehingga menjadi serpihan halus.
  4. Simpan dalam bekas yang kering dan bertutup.

Serbuk yang terhasil boleh dicampurkan ke dalam media tanaman atau ditabur pada permukaan tanah sebagai baja organik tambahan.

Kelebihan utama kaedah ini ialah bahan boleh disimpan dalam tempoh yang lebih lama tanpa mudah rosak.

3. Peraman Bersama Gula Merah

Kaedah peraman sering digunakan oleh pengamal pertanian organik kerana menghasilkan cecair yang lebih pekat dan mudah digunakan sebagai semburan tanaman.

Cara Penyediaan

  1. Tos kepala dan kulit udang sehingga tidak terlalu basah.
  2. Campurkan bersama gula merah dalam bekas yang sesuai.
  3. Tutup rapat dan simpan di tempat yang teduh.
  4. Biarkan proses peraman berlangsung selama beberapa minggu.
  5. Tapis cecair yang terhasil sebelum digunakan.

Cecair peraman ini biasanya dicairkan terlebih dahulu sebelum digunakan pada tanaman sebagai semburan atau siraman mengikut kesesuaian.

Kelebihan Baja Organik Daripada Sisa Udang

  • Mengurangkan pembaziran sisa dapur.
  • Menambah bahan organik dalam tanah.
  • Membantu meningkatkan kesuburan tanah secara semula jadi.
  • Menjadi alternatif kepada baja kimia tertentu.
  • Mudah dihasilkan menggunakan bahan yang tersedia di rumah.

Tanaman Yang Sesuai Menggunakan Baja Ini

Baja organik daripada kepala dan kulit udang boleh digunakan pada pelbagai jenis tanaman termasuk:

  • Pokok cili.
  • Tomato.
  • Terung.
  • Bendi.
  • Sayuran berdaun.
  • Pokok buah-buahan dalam pasu.

Walau bagaimanapun, penggunaan perlu dilakukan secara sederhana dan mengikut keperluan tanaman bagi mengelakkan pengumpulan bahan organik yang berlebihan.

Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian

Pastikan bahan yang digunakan tidak dibiarkan mereput secara terbuka berhampiran tanaman kerana ia boleh menarik kehadiran lalat atau haiwan perosak lain.

Selain itu, semua proses peraman dan penyimpanan perlu dilakukan dalam bekas yang sesuai untuk mengelakkan bau yang terlalu kuat.

Kesimpulan

Kepala dan kulit udang bukan sekadar sisa dapur yang perlu dibuang. Dengan sedikit kreativiti, bahan ini boleh ditukar menjadi baja organik yang bermanfaat untuk tanaman di rumah.

Sama ada melalui kaedah rebusan, pengeringan atau peraman, setiap teknik mempunyai kelebihan tersendiri dan boleh dipilih mengikut keselesaan masing-masing. Selain membantu menyuburkan tanaman, amalan ini juga menyokong konsep kitar semula dan berkebun secara lebih lestari.

Continue Reading
Advertisement

Trending