Connect with us

Tips Dan Petua

Jika Mahu Cuci Lantai Rumah Supaya Kekal Bersih Dan Wangi Ini Cara Tepat Yang Penting Berkilat Macam Cermin

Published

on

Jika Mahu Cuci Lantai Rumah Supaya Kekal Bersih Dan Wangi Ini Cara Tepat Yang Penting Berkilat Macam Cermin

Nampak kemas dan cantik ruang kediaman, tapi belum tentu bersih. Kerana itulah dalam  mengemas rumah tidak sah kalau mengemop lantai tidak dilakukan.

Lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di apartment yang mana pasti akan ada kesan minyak bukan sahaja di dapur bahkan ruang tamu dan ruang untuk makan juga. Setiap kali kaki memijak lantai pasti akan terasa melekit dan jika berminyak.

Sebenarnya mengemop lantai pun ada aturannya yang lebih tepat. Barulah lantai lebih bersih, licin dan berkilat.

Tahu cara terbaik mengemop lantai? Anda perlulah mencuba tip yang diberikan ini. Selain harum insyaallah lantai anda juga kekal bersih untuk tempoh yang
lama.

1. Bersihkan lantai

Mulakan langkah dengan menyapu seluruh kawasan rumah dengan bersih. Pastikan setiap habuk, sampah terutamanya helaian rambut yang gugur dikumpulkan terlebih dahulu. Ini penting supaya proses mengemop tidak tergaanggu.

2. Air Panas & Cuka

Sediakan air rendaman berisi air panas yang dicampurkan dengan sedikit cuka. Mopkan keseluruh lantai dengan bancuhan air ini. Pastikan mop dikembangkan ketika proses mengemop. Biarkan seketika sehingga kering.

3. Cecair Peluntur

Jika suka anda boleh juga menggunakan cecair peluntur seperti Clorox dalam bancuhan namun gunakan sedikit sahaja kerana ia mening galkan bau yang agak kuat. Pastikan ia diletakkan sedikit sahaja dan moplah seperti biasa. Biarkan kering.

4. Pencuci Harum

Kemudian buat bancuhan air bersama pencuci lantai yang ada dipasaran. Pastikan pencuci ini jangan tersalah beli. Belilah pencuci yang harum seperti berbau bunga-bungaan seperti ros atau lemon. Ada sesetengah bau pencuci lantai yang berbau kurang enak dan buat kita rasa tidak selesa. Mopkan keseluruhan lantai dengan sekali cucian sahaja dan biarkan kering.

5. Air Bersih

Akhir sekali barulah dibilas dengan air bersih ke seluruh lantai. Pastikan penggunaan air bersih tanpa apa-apa bahan. Moplah seperti biasa dan biarkan hingga kering. Hasilnya lantai anda bukan hanya harum malah licin dan bersih.

Ektra Tip

  • Pastikan proses mengemop dimulakan dengan bahagian bilik terlebih dahulu dan diakhiri dengan kawasan dapur.
  • Anda boleh juga menggunakan bancuhan lain khusus untuk dapur kerana kawasan ini luar biasa minyaknya.
  • Pastikan mop dikembangkan dengan tepat supaya lebih membantu anda melakukan kerja dengan lebih cepat dan sekata.
  • Buka kipas pada volume yang tinggi supaya lebih cepat kering.

Tip lantai berkilat:

  • Bahan Air pana
  • Cuka
  • Downy

Cara membuat:

  • Campurkan bahan berkenaan kemudian mop lantai andai.
  • Lihat nanti kesannya, lantai akan lebih berkilat.

Sumber: myinfomaya

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Kenal Pasti Tayar Kereta Botak Atau Tidak, Bukan Tengok ‘Bunga’ Tapi Jalur Ini

Published

on

Cara Kenal Pasti Tayar Kereta Botak Atau Tidak, Bukan Tengok ‘Bunga’ Tapi Jalur Ini

Antara info asas yang perlu diketahui bila memiliki dan memandu kenderaan sendiri adalah cara untuk kenal pasti tayar botak atau masih boleh dipakai. Selalu bila ditanya bagaimana tentukan perkara ini, ramai yang kata tengok ‘bunga’ pada tayar.

Tapi betul ke begini? Sebenarnya untuk tentukan tayar kereta kita boleh dipakai lagi ataupun sebaliknya adalah dengan lihat jalur bukannya ‘bunga’. Info dikongsi klick.my boleh digunakan untuk memeriksa tayar kereta kita.

Cara Mengenal Tayar Botak

Bila sebut tayar botak, kita mesti terbayang tayar yang licin takde bunga macam kepala orang yang botak licin takde rambut.

Salah sebenarnya tu. Semua tayar yang dah botak selalunya akan nampak masih penuh dengan bunga yang dalam, jadi kita kena tahu macam mana nak kenal tayar botak.

Apa maksud tayar botak?

Indikator botaknya tayar ialah pada jalur di tengah tayar, bukannya bunga yang melintang tu. Di antara jalur-jalur tengah tayar ni, ada penanda aras untuk kita tahu tahap kebotakan tayar.

1. Tayar botak = jalur tengah sama tinggi dengan penanda tu.

Tengok gambar-gambar tayar di bawah menunjukkan tayar botak, tayar belum botak, dan tayar baharu.

Jalur tengah tu sama tinggi dengan penanda botak. Nampak tak tayar botak pun masih penuh dengan bunga dan kalau kita tak tahu tengok, mesti ingat boleh pergi jauh lagi.

2. Ni pun tayar botak

Jalur sama tinggi dengan penanda. Nampak tak tayar ni guna penanda yang lain daripada tayar pertama tadi.

3. Tayar belum botak

Tayar belum botak, mungkin 30%. Tak lama dah ni kena tukar.

4. Tayar hampir botak

Mungkin 80-90% (tengok pada beberapa penanda tu). Kalau perasan, penanda di sebelah kiri tayar lebih menonjol berbanding penanda di sebelah kanan. Maknanya tayar ni haus lebih cepat di sebelah kiri, sebab alignment atau balancing tak betul.

Atau mungkin sebab camber senget. Dinasihatkan untuk tukar terus dan cek camber. Plus, tayar nampak banyak crack petanda sudah tua.

5. Tayar baharu

Begitu dalam sekali penanda botak tu ditenggelami oleh jalur tengah. Kalau tak bulatkan ni, mungkin susah nak nampak. Inilah tayar 0%. Boleh bandingkan dengan tayar-tayar lain dalam gambar sebelum ni.

Semoga Manfaat!

Sumber : klick.my & Akmal Amri

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending