Connect with us

Tips Dan Petua

Bersihkan Sendiri Kesan Kotor Pada Kusyen Kereta. Modal Cuma RM6 Saja, Jimat Dan Mudah

Published

on

Bersihkan Sendiri Kesan Kotor Pada Kusyen Kereta. Modal Cuma RM6 Saja, Jimat Dan Mudah

Hampir semua kita memiliki kereta, paling tidak sebuah kereta. Bahagian luar kereta mungkin mudah untuk kita bersihkan namun jika dilihat pada bahagian dalam kereta terutamanya bahagian seat/kusyen kereta pasti tak sah kalau kusyennya tiada kesan kotoran hasil tumpahan air minuman, makanan, terutamanya yang sudah bekerluarga. Kesan air liur anak pun ada.

Kadang geram lihat kusyen kereta yang bertompok-tompok tu kan? Dalam geram tu pun sedar tak sedar kadang tak pernah bersihkan pun walaupun sekali.

Jika nak hantar ke kedai pun kosnya agak mahal, Tapi kan buat apa nak bazirkan duit kalau kita boleh bersihkan sendiri, modal pun tak sampai RM10. Yang kena tambah cuma tenaga, itu pun tak banyak. Ini cara dikongsi oleh Puan Farizah Lubna.

BERMODALKAN RM6, INI CARA BERSIHKAN KUSYEN KERETA ANDA

ARTIKEL LAIN : Tip Hilangkan Watermark Pada Cermin Kereta, Cuci Guna Pes Pencuci Pinggan Saja. Mudah & Murah!

Nak share benda best utk CUCI KUSYEN KERETA! Takde la berpeta/berdebu lagi kusyen kereta tu.
Boleh untuk carpet, sofa dan tilam gak!

Nak hantar cuci kat kedai mahal kan! Jom buat sendiri. Murah je beli kat Mr. DIY RM6+ je
Memang puas hati~

Saya ajar camne nak cuci bagi bersih ye

Ada 2 jenis foam cleaner ni. Yang saya beli ni RM6.75 warna merah tu. Yang lagi 1 tu tough stain RM15.25 mungkin lagi best. Boleh try. Saya beli yang RM6.75 ni sebab siap dengan berus sekali.. hehe

LANGKAH-LANGKAH :

(1) Vacuum dulu kusyen kereta tu, jadi habuk/debu besar-besar tak kacau nanti.

(2) Lepastu amik tin foam cleaner ni dan goncang-goncang dulu, jarak lebih kurang 10cm dari kusyen tu spray je. Banyak pun takpe, nanti keluar buih-buih putih. Kena goncang dulu tau!

Spray bagi penuh macam ni

(3) Lepastu guna berus dia bagi tu untuk gosok bagi rata dan supaya meresap dalam kusyen tu

Ni lepas berus sikit-sikit

(4) Tunggu dalam 2-3 min camtu biar dia meresap lepastu boleh berus lagi pakai berus atau lagi best amik kain basah dan tonyoh-tonyoh.

Ni lap pakai kain basah. Tengok langkah-langkah dia ye di post

(5) Lepastu kalau tak puas hati spray la lagi. Kesan kotoran yang dah lama kena buat 2-3 kali dan kena gosok. Lepas dah ok boleh la jemur sekejap kereta kat matahari bagi kering

(6) Tadaa~ bersih dah! Jimat pun jimat!

Sebelum dan selepas. Ni baru sekali je sy try. Nanti nak buat lagi

Baca dulu ye jenis fabric apa yang sesuai.

Semoga Manfaat!

Sumber/Foto : Farizah Lubna

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending