Connect with us

Tips Dan Petua

Hampir 50 Tahun Mak Kakak Ni Buat Kek Kukus Buah Legend, Ini Resepi Yang Diperturunkan

Published

on

Hampir 50 Tahun Mak Kakak Ni Buat Kek Kukus Buah Legend, Ini Resepi Yang Diperturunkan

Kek Kukus Buah mempunyai nostalgia tersendiri.Biasanya, zaman mak-mak dan nenek-nenek kita, mahupun orang lama yang tahu buat kek kukus ni.Bukan semua orang pandai buat kek ini, memandangkan kek ini agak renyah untuk dibuat dan perlu dikukus lama lebih 4 jam!.Namun hasilnya berbaloi bila jadi malahan mampu bertahan lama sehingga berbulan-bulan.

Kebiasaannya kek kukus ni disediakan pada hari raya buat hidangan keluarga dan para tetamu. Masam manis buahnya, keenakan rasa lemak mentega dan pahit gula hangus menjadikan rasa kek kukus ini cukup sempurna rasanya.

Kek kukus buah ini ada sejarahnya yang tersendiri dalam keluarga kak Has. Resepi asal ini mak kak Has belajar daripada emak kawan baiknya.

Berikut perkongsian resepi oleh Puan Hasniza Hassan sebagai rujukan;

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Puding Marble Yang Sedap & Confirm Jadi. Sedap Pekena Musim Panas

Hampir 50 tahun mak kak Has membuat kek kukus buah ini untuk dihidangkan kepada tetamu dan sebagai buah tangan terutamanya di Hari Raya.

Kini mak kak Has sudah pun berusia 76 tahun. Beliau ingin kak Has mewarisi minat dan kebolehan beliau membuat kek kukus buah ini. Beliau juga berhajat untuk berkongsi resepi ini dengan kalian semua.

Ok ini bahan-bahan dan cara-caranya. Harap tengok juga betul-betul video yang kak Has paparkan sebab kalau tak kena buatnya, nanti tak menjadi kek ni.

Bahan-Bahan:

A.

  • 600gm tepung gandum
  • 4 sudu teh Cream of Tartars
  • 2 sudu teh Bicarbonate of Soda
  • 300gm Mixed Fruit
  • -gaul semua dan ketepikan-

B.

  • 450gm planta margerin
  • 225gm gula halus (biasanya mak kak Has akan kisar halus gula kasar)
  • 5 biji telur ayam gred B/A
  • 3 sudu teh esen vanila
  • -pukul sehingga ringan-

C.

  • 225gm gula kasar digoreng

Cara-Caranya:

1.Campurkan semua bahan A.

2.Gaul rata dan ketepikan.

3.Masukkan bahan B : Planta dan gula yang telah dikisar halus dalam bekas.

4.Pukul hingga ringan.

5.Masukkan telur satu persatu. Kacau perlahan-lahan.

6.Masukkan esen vanila.

7.Masukkan campuran A ke dalam adunan B.

8.Gaul hingga sebati dan ketepikan seketika.

9.Bahan C : Goreng gula kasar hingga mendidih dan berbuih-buih. JANGAN masukkan air.

10.Sentiasa kacau semasa menggoreng. Haa, kuali pun kuali lama ni hihi.

11.Goreng gula mesti sampai berbuih-buih. JANGAN masukkan air. Apabila dah berbuih, tutup api dan cepat-cepat masukkan dalam adunan kek dan gaul rata. Sekiranya lambat, gula akan mengeras.

12.Gaul rata gula yang digoreng dalam adunan.

13.Masukkan adunan yang dah siap ke dalam loyang kek.

14.Mak kak Has suka guna bekas mangkuk tingkat bersaiz 8 inci ini. Guna sekali dengan penutupnya. Boleh juga guna periuk atau loyang kek.

15.Adunan ini perlu ditutup rapat. Walaupun dah ditutup dengan penutupnya, masih dibalut dengan aluminium foil dan ikat keliling dengan tali. Tujuannya supaya wap daripada kukusan tak masuk ke dalam kek.

16.Sementara nak buat kek tadi, siapkan kukusan untuk mengukus kek. Didihkan air dalam 2/3 bekas kukusan.

17.Masukkan kek dalam kukusan dan kukus selama lebih kurang 4 jam 15 minit.

18.Setiap 45 minit, periksa air kukusan. Tambahkan dengan air mendidih ke paras 2/3 bekas. Jangan tambah guna air biasa. Selalu yang kami buat ialah didihkan air tambahan di sebelah kukusan.

Alhamdulillah dah siap.

 

Info Ekstra!

Apabila gula kasar yang digoreng dah berbuih-buih, tutup api. Cepat-cepat masukkan dalam adunan kek dan gaul rata. Jika lambat digaul, gula akan mengeras. Sebaik-baiknya ada 2 orang yang membuatnya, seorang tuang gula, seorang kacau. Perlu hati-hati ya.

Kek kukus buah ini berminyak sedap. Sesuai untuk hidangan minum petang, jadi buah tangan, kek hantaran dan macam-macam lagi. Nak bagi cantik, masa letak di piring, terbalikkan kek ni, bahagian bawah di atas.

Semoga Bermanfaat! Selamat Mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Kek Pandan Bersantan Yang Mudah, Sedap Dan Tidak Muak

Sumber : Hasniza Hassan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending