Connect with us

Tips Dan Petua

Tip Simpan Baki Lengkuas Agar Tahan Lama, Beli Seketul Besar Guna Beberapa Hiris Saja

Published

on

Tip Simpan Baki Lengkuas Agar Tahan Lama, Beli Seketul Besar Guna Beberapa Hiris Saja

Ada beberapa hidangan yang biasa kita masak menggunakan lengkuas, antaranya tomyam, singgang, rendang, gulai, kuah laksa dan sebagainya. Cuma penggunaannya sikit saja.

Beli seketul besar, tapi untuk masakan guna 3 hingga 4 hiris saja pun. Selebihnya simpan dan selalu jadi sampai kecut dan tak boleh pakai lagi. Rugi pulak.

Supaya tak jadi lagi pembaziran lengkuas ini, elok kita praktikkan cara simpan yang betul agar lengkuas yang seketul itu tahan berbulan-bulan lamanya. Caranya dikongsi oleh Faizah Husain.

Petua Simpan Lengkuas Agar Tahan Berbulan Bulan

ARTIKEL LAIN : Cara Tanam Pokok Ulam Jambu Gajus Guna Biji Benih. Tak Perlu Tunggu Lama Untuk Petik Pucuk

Lengkuas kegunaannya agak jarang juga tapi kalau tiada lengkuas tak sedap singgang dan rendang. Bau lengkuas kalau dalam singgang terus rasa nak ambik nasi.

Lengkuas yang jual di kedai biasanya seketul besar. Nak guna 5 atau 6 hiris saja. Jadi selebihnya simpan ikut cara ini.

1. Basuh kesan-kesan tanah terlebih dulu, buang kulit, hiris sampai habis dan basuh sekali lagi.

2. Susun hirisan lengkuas dalam bekas leper. Jangan bertindih atau sentuh satu sama lain. Simpan dalam peti beku hingga lengkuas keras macam air batu.

3. Kemudian keluarkan dari peti beku dan terus masukkan dalam bekas atau plastik ziplock. Masukkan cepat sebelum lengkuas berair.

Tujuan dibekukan supaya bila nak ambil untuk masuk dalam masakan lengkuas tak melekat satu sama lain. Tak perlu nak defrost semua padahal nak guna 3-4 keping saja.

4. Simpan semula dalam peti beku. Cara ini lengkuas tahan selamanya jika tak digunakan untuk memasak. Lebih mudah berbanding cara rendam dalam air dan kena tukar air selalu.

Semoga bermanfaat

Boleh juga tonton video penuh seperti di bawah;

ARTIKEL LAIN : Cara Tanam & Jaga Pokok Kantan Yang Betul, Baru Subur & Banyak Bunga.

Sumber: Faizah Husain

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Rahsia Pokok Sayur Subur & Banyak Buah Walaupun Dah Tua Dengan Baja Organik Dari Kulit Buah

Published

on

Rahsia Pokok Sayur Subur & Banyak Buah Walaupun Dah Tua Dengan Baja Organik Dari Kulit Buah

Ramai yang beranggapan pokok sayur akan mula kurang produktif apabila sudah “tua”. Namun sebenarnya, dengan penjagaan yang betul terutama dari segi nutrisi, pokok masih boleh kekal subur dan terus menghasilkan buah yang banyak.

Salah satu rahsia yang semakin popular dalam kalangan penggemar bercucuk tanam ialah penggunaan baja organik buatan sendiri menggunakan bahan dapur, khususnya kulit buah. Kaedah ini bukan sahaja menjimatkan kos, malah lebih mesra alam dan selamat untuk tanaman.

Perkongsian ini diinspirasikan daripada amalan seorang penggemar kebun rumah yang menggunakan teknik fermentasi kulit buah untuk menghasilkan baja semula jadi yang sangat berkesan.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

  • Kulit buah seperti pisang (paling berkesan), tembikai, mangga, atau limau
  • Air bersih dalam kuantiti sedikit
  • Gula merah atau molasses

Kulit pisang yang sudah lebam juga masih boleh digunakan, jadi ia sangat sesuai untuk mengelakkan pembaziran dapur.

Cara Penyediaan Baja Organik

Proses membuat baja ini sangat mudah dan boleh dilakukan di rumah:

  1. Masukkan kulit buah ke dalam bekas bertutup seperti botol plastik.
  2. Tambahkan sedikit air secukupnya.
  3. Masukkan gula merah atau molasses untuk mempercepatkan proses penapaian.
  4. Tutup bekas tetapi pastikan ada lubang kecil untuk melepaskan gas.
  5. Peram selama kira-kira 2 minggu.

Selepas tempoh tersebut, tapis cecair yang terhasil. Cecair inilah yang menjadi baja organik semula jadi untuk tanaman.

Cara Menggunakan Baja

Untuk penggunaan, ambil lebih kurang 3/4 penutup botol baja dan campurkan dengan 1.5 liter air bersih.

Siram pada tanaman sayur setiap 2 hingga 3 minggu sekali untuk hasil yang optimum. Biasanya perubahan pada pokok boleh dilihat dalam masa sekitar dua minggu sahaja.

Tips Tambahan

  • Hampas hasil peraman boleh digunakan sebagai kompos di pangkal pokok.
  • Elakkan meletakkan terlalu banyak hampas kerana ia boleh memberi kesan kepada akar pokok.

Kelebihan Baja Organik Dari Kulit Buah

  • Lebih mesra alam dan bebas bahan kimia
  • Menjimatkan kos kerana menggunakan sisa dapur
  • Membantu pokok kekal subur lebih lama
  • Buah lebih banyak dan cepat matang

Kesimpulan

Baja organik daripada kulit buah merupakan salah satu cara terbaik untuk menyokong pertumbuhan tanaman secara semula jadi. Selain mudah dibuat, ia juga membantu mengurangkan sisa dapur dan memberi manfaat berganda kepada tanaman rumah anda.

Dengan amalan konsisten, pokok sayur bukan sahaja kekal subur walaupun sudah tua, malah mampu menghasilkan buah yang lebih banyak dan berkualiti.

Continue Reading
Advertisement

Trending