Connect with us

Tips Dan Petua

Pokok Kunyit Hitam Banyak Khasiat Ini Cara Tanam Kunyit Hitam Senang Dan Mudah Nak Semai

Published

on

Pokok Kunyit Hitam Banyak Khasiat Ini Cara Tanam Kunyit Hitam Senang Dan Mudah Nak Semai

Kunyit hitam atau nama saintifiknya, Kaempferia parviflora, merupakan tumbuhan herba yang sangat berkhasiat kepada kesihatan manusia dan telah lama digunakan oleh masyarakat tempatan secara tradisional.

Ada yang mendakwa pokok kunyit hitam juga dapat membantu mengatasi masalah kesihatan terutama berkaitan kanser, meningkatkan tenaga dan ubat kuat (viagra semula jadi), saraf dan membina otot.

Kunyit hitam asli juga adalah sejenis kunyit yang sangat jarang ditemui, unik (rare) dan sukar diperolehi. Banyak penerbitan jurnal antarabangsa juga memperakui bahawa kunyit hitam mempunyai 1,001 khasiat termasuk berpotensi dalam membantu mengawal kncing manis, mencgah atau merawat penyakit otot, memperbaiki fungsi otot serta mengawal berat badan.

Pokok Kunyit Hitam Berkhasiat Tinggi

ARTIKEL LAIN : DIY Baja Guna 3 Bahan Ini Kalau Nak Pokok Depan Rumah Berbunga Dengan Meriah & Gemuk!

Hasil kajian pihak MARDI juga berjaya mengenal pasti pokok kunyit hitam mengandungi kandungan bioaktif fitokmia yang sangat unik dan sukar didapati di dalam tumbuhan lain iaitu methoxyflavon.

Bioaktif methoxyflavon sangat diperlukan oleh tubuh badan bagi membantu mengurangkan serta menghalang terjadinya pelbagai penyakit.

Kandungan bioaktif fitokmia semula jadi sangat bernilai tinggi dalam pokok kunyit hitam, kerana bioaktif ini mampu membantu dan memulihkan kesihatan tubuh badan.

Hidangan Pokok Kunyit Hitam

Selain boleh dijadikan sebagai bahan rempah ratus dalam masakan, kunyit hitam juga boleh direbus dan diminum setiap hari.

Maka cara membuat ramuannya:

  • Sediakan kunyit hitam 20 gram.
  • Setelah itu kunyit hitam dicuci hingga bersih dengan air bersih.
  • Rebus bersama 600 ml air sehingga mendidih.
  • Biarkan air rebusan dalam keadaan mendidih hingga air rebusan tinggal separuh.
  • Setelah itu saring dan suamkan.
  • Diminum tiga kali sehari (sekali minum setengah gelas).
  • Supaya rasanya tidak terlalu pahit, maka anda boleh menambahkan dua sudu teh madu sehingga lebih nikmat diminum.

Cara-cara menanam pokok kunyit hitam

1. Dapatkan ibu kunyit. Senang dan cepat nak semai. Kalau tak ada ibu kunyit anak kunyit pun boleh juga cuma lambat sedikit ianya nak keluarkan tunas. Kadang kala memakan masa sampai 3 bulan.

2. Balut kunyit hitam dengan kertas yang sudah dilembabkan kemudian simpan di tempat gelap. Pastikan kertas yang membalutnya itu sentiasa lembab.

3. Selepas tunasnya keluar barulah kita boleh tanam di dalam pasu. Pastikan tanah berada hampir ke bibir pasu bagi mengelakkan takungan air.

4. Tanam dalam medium tanaman yang sesuai. Untuk mendapatkan isi kunyit yang besar, gunakan tanah yang longgar dan tak padat. Ada orang yang gunakan medium coco peat atau sabut kelapa. Memang gemuk isinya.

5. Pastikan juga tanah yang digunakan ada saliran air yang baik. Kalau tidak, isi kunyit akan jadi busuk dan reput.

6. Campuran tanah hitam, kompos dan pasir juga bagus untuk tanaman kunyit sebab salirannya baik disamping kompos membantu mengekalkan kelembapan pada rizom.

Semoga memberi manfaat. Jika anda suka dengan artikel khasiat pokok kunyit hitam ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Semoga Manfaat!

ARTIKEL LAIN : Cara Betul Tanam Batang Ubi Kayu Ikut Teknik Ini Untuk Hasil Yang Banyak

Sumber : akakpesan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Tip Tanam Sawi Gemuk Tanpa Baja Kimia, Guna Tanah Sawit Saja Pun Menjadi

Published

on

Tip Tanam Sawi Gemuk Tanpa Baja Kimia, Guna Tanah Sawit Saja Pun Menjadi

Bagi yang gemar bercucuk tanam, melihat sawi yang subur, lebar dan gemuk memang memberi kepuasan tersendiri. Ramai menyangka untuk mendapatkan hasil sawi seperti ini memerlukan baja yang banyak serta penjagaan rapi, namun sebenarnya ia boleh dicapai dengan kaedah yang lebih ringkas.

Perkongsian Nor Suriani Ismail menunjukkan bahawa sawi dwarf boleh membesar dengan baik hanya menggunakan tanah sawit tanpa sebarang baja kimia atau racun perosak. Menariknya, tanaman ini masih mampu menghasilkan sawi yang segar, organik dan sesuai untuk kegunaan sendiri mahupun jualan.

Rahsia Sawi Gemuk Tanpa Baja

Kunci utama dalam penanaman sawi ini ialah penggunaan tanah sawit sebagai medium utama. Tanah ini merupakan hasil buangan daripada proses kilang sawit yang kaya dengan nutrien semula jadi.

Dengan penjagaan asas seperti siraman yang konsisten, sawi masih boleh tumbuh subur tanpa keperluan baja tambahan.

Langkah Menanam Sawi Dwarf

1. Semaian benih

Gunakan benih sawi jenis dwarf seperti Green World. Semai benih dalam kotak polisterin sehingga anak pokok mempunyai sekitar empat helai daun sebelum dipindahkan ke tapak tanaman.

2. Sediakan tapak tanaman

Tapak boleh dibuat dengan menyusun bata di atas tanah sedia ada. Jika mahu lebih kemas, buang rumput terlebih dahulu, namun ia tidak wajib.

Saiz tapak boleh diubah mengikut ruang yang ada, contohnya sekitar 10 kaki panjang untuk penanaman skala kecil.

3. Gunakan tanah sawit

Tuangkan tanah sawit ke atas tapak yang telah disediakan. Biarkan tanah terdedah kepada hujan selama satu hingga dua hari sebelum penanaman, atau boleh juga terus menanam tanpa menunggu.

Tanah sawit biasanya berwarna gelap dan bertekstur lembut kerana ia merupakan sisa pemprosesan sawit yang kaya dengan nutrien.

Kelebihan Guna Tanah Sawit

  • Tidak memerlukan baja tambahan kerana sudah kaya dengan nutrien.
  • Membantu menghasilkan sawi yang lebih gemuk dan subur.
  • Menjimatkan kos penanaman.
  • Sesuai untuk penanaman organik di rumah.

Penjagaan Pokok Sawi

Penjagaan sawi menggunakan kaedah ini sangat mudah. Siram tanaman dua kali sehari, terutamanya ketika cuaca panas. Jika hujan, penyiraman tidak diperlukan.

Walaupun tahan lasak, pemantauan tetap perlu dilakukan bagi memastikan pertumbuhan tanaman berada dalam keadaan baik.

Kawalan Perosak Secara Semula Jadi

Jika terdapat serangan perosak seperti siput, ulat atau belalang, semburan cuka kayu boleh digunakan sebagai alternatif semula jadi.

Kaedah ini membantu mengurangkan serangan perosak tanpa menggunakan bahan kimia berbahaya, menjadikan hasil tanaman lebih selamat untuk dimakan.

Hasil Tuaian

Dengan penjagaan yang konsisten, sawi dwarf yang ditanam menggunakan tanah sawit ini mampu menghasilkan daun yang besar dan subur. Hasil tuaian bukan sahaja boleh digunakan sendiri, malah berpotensi untuk dijual.

Kesimpulan

Menanam sawi gemuk tidak semestinya memerlukan baja yang kompleks atau penjagaan yang rumit. Dengan hanya menggunakan tanah sawit dan teknik asas penanaman, sawi boleh tumbuh subur secara organik.

Kaedah ini sesuai untuk mereka yang ingin memulakan hobi berkebun di rumah dengan cara yang mudah, murah dan lebih mesra alam.

Sumber: Nor Suriani Ismail

Continue Reading
Advertisement

Trending