Connect with us

Tips Dan Petua

Petua Halau Babi, Kera & Ular Dari Masuk Kebun, Guna Kapur Barus & Minyak Tanah

Published

on

Petua Halau Babi, Kera & Ular Dari Masuk Kebun, Guna Kapur Barus & Minyak Tanah

Pokok sayur baru nak naik, tapi dah dirosakkan oleh haiwan liar seperti kera dan babi. Kalau duduk di kampung dan berkebun ini situasi yang biasa dihadapi bila bercucuk tanam sama ada sekitar rumah atau di kebun.

Memang geram dibuatnya. Kalau selalu sangat berlaku dan dah cuba macam-macam cara untuk menghalau haiwan ini tapi gagal mungkin boleh praktikkan petua ini pula.

Guna kapur barus dan minyak tanah untuk halau haiwan rosakkan tanaman. Cara ini lebih berkesan malah boleh digunakan untuk elak kehadiran ular juga.

Petua Halau Haiwan Liar Guna Kapur Barus & Minyak Tanah

ARTIKEL LAIN : Dah Puas Buat Macam-macam Cara, Sudahnya Ini Juga Paling Berkesan Nak Tangkap Cicak

Petua ini kongsi oleh pemilik akaun TikTok @pertaniansegar. Caranya;

1. Sediakan minyak tanah, kapur barus dan botol plastik.

2. Masukkan kapur barus ke dalam satu bekas besar, kemudian tuang minyak tanah sehingga penuh bekas yang berisi kapur barus.

3. Kacau ramuan campuran kedua-dua bahan tadi seketika.

4. Selepas itu asingkan minyak tanah dan kapur barus dengan menuangkan minyak ke dalam bekas lain.

5. Kapur barus yang diasingkan tadi kemudian ditumbuk sehingga lumat. Campur dengan sedikit minyak tanah.

6. Ambil botol plastik dan tebuk lubang kecil sekeliling botol. Ikat botol dengan tali.

7. Masukkan sedikit kapur barus yang ditumbuk di dalam botol kosong.

8. Kemudian boleh gantung botol berisi kapur barus ini di penjuru kebun atau ladang. Boleh buat pancang atau gantung pada pokok.

9. Sementara itu minyak tanah pula disiram sekeliling kebun.

Lakukan petua ini dua bulan sekali untuk memastikan keberkesanannya berterusan.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Atasi Masalah Lipas Dalam Kabinet Dapur Cuma Letak Bunjut 4 Jenis Rempah Ini

Sumber : TikTok @pertaniansegar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending