Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Gulai Ikan Tongkol Stail Kelantan Yang Sedap, Pekat, Kuah Pun Cantik

Published

on

Cara Buat Gulai Ikan Tongkol Stail Kelantan Yang Sedap, Pekat, Kuah Pun Cantik

Gulai kuning ada macam macam versi, yang ini dari Kelantan. Memang sedap, boleh jadi hidangan nasi berlauk untuk pagi dan tengah hari juga.

Hidang dengan sambal belacan, ikan rebus cicah budu ulam timun. Menyakut molek, bak kata orang Kelantan. Nak makan dengan nasi dagang pun boleh.

Kalau orang yang dari negeri lain nak cuba pun boleh, ikut saja perkongsian Azizah Daud.

Cara Buat Gulai Ikan Tongkol Stail Kelantan

ARTIKEL LAIN : Petua Buang Bisa Ikan Tongkol Supaya Tak Alah Lepas Makan

Suka tak gulai lemak kunyit lengkuas kelantan? Hari ni kita masak lauk ni ‘gu’ dengan sambal belacan, ikan rebus cicah budu ulam timun dan ikan goreng. Menyakut molek!

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan tongkol sederhana besar -potong
  • 1/2 kilo santan pekat
  • Cili merah hijau dan cili padi

Bahan kisar

  • 10 biji cili kering
  • 2 biji bawang merah besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm lengkuas
  • 3 cm kunyit hidup

Cara membuat:

1. Rebus ikan tongkol dengan asam keping, masuk juga garam dan gula secukup rasa.

2. Campur santan pekat dengan 5 gelas air, rebus hingga mendidih (masukkan piring atau sudu dalam gulai supaya tidak meruap).

3. Simpan 1/2 gelas santan tadi untuk mengisar bahan kisar, jadi tak perlu masuk air sewaktu blend. Supaya gulai tak bergentel, nanti kuahnya tak cantik.

4. Apabila santan tadi dah mendidih, naik minyak masuk bahan kisar kacau rata. Masuk garam gula secukup rasa.

5. Biarkan gulai mereneh, kemudian masukkan ikan yang dah direbus tadi bersama air ikan sekali. Bia mereneh lagi hingga naik minyak dan berkilat.

6. Masuk cili besar dan cili padi. Makin lama gulai direneh makin cantik kuahnya.

Selamat mencuba.

ARTIKEL LAIN : Resepi Singgang Ikan Selar Masakan Mak, Ringkas Saja Tapi Sedapnya Confirm Makan Bertambah

Sumber: Azizah Daud.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Tanam Kucai Dalam Polibeg, Lagi Kerap Dipotong Lagi Cepat Membiak

Published

on

Cara Tanam Kucai Dalam Polibeg, Lagi Kerap Dipotong Lagi Cepat Membiak

Kucai merupakan antara sayuran yang mudah ditanam di rumah dan sering digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Selain dijadikan bahan dalam mi, sup, cucur dan masakan tumis, pokok kucai juga mempunyai kadar pertumbuhan yang cepat jika dijaga dengan baik. Tanam Kucai Dalam Polibeg

Menariknya, hanya dengan beberapa ubi kucai, anda boleh menghasilkan rumpun yang semakin membesar dari semasa ke semasa. Malah, jika hasilnya banyak, ia bukan sahaja mencukupi untuk kegunaan sendiri, malah boleh dijual bagi menambah pendapatan.

Bagi yang ingin mencuba, berikut ialah cara mudah menanam pokok kucai supaya cepat membiak dan sentiasa mengeluarkan daun baharu.

Medium Tanaman Yang Sesuai

Pokok kucai lebih mudah hidup dalam medium yang gembur dan mempunyai saliran air yang baik.

Campuran tanah topsoil bersama abu sekam padi merupakan antara pilihan yang sesuai kerana dapat mengekalkan kelembapan sambil memastikan akar mendapat pengudaraan yang mencukupi.

Cara Menanam Kucai

1. Gunakan ubi kucai

Pokok kucai lebih mudah dibiakkan menggunakan ubi atau rumpun berbanding biji benih.

Bagi setiap polibeg bersaiz 14 x 14 inci, memadai menanam sekitar tiga ubi supaya pokok mempunyai ruang mencukupi untuk membesar dan menghasilkan lebih banyak anak.

2. Tanam dalam medium yang lembap

Masukkan ubi ke dalam medium tanaman dan padatkan sedikit tanah di sekelilingnya. Siram secukupnya selepas selesai menanam bagi membantu akar menyesuaikan diri.

Rahsia Kucai Cepat Membiak

Salah satu teknik penting yang ramai tidak tahu ialah memotong daun kucai selepas kira-kira sebulan ditanam.

Daun yang dipotong akan merangsang pertumbuhan daun baharu dan pada masa yang sama membantu rumpun kucai menghasilkan lebih banyak anak. Semakin kerap dituai dengan cara yang betul, semakin cepat pokok membiak.

Keperluan Cahaya Matahari

Kucai memerlukan cahaya matahari yang mencukupi untuk tumbuh subur.

Letakkan tanaman di kawasan yang menerima cahaya matahari pada waktu pagi dan petang. Jika diletakkan di tempat yang terlalu teduh, pertumbuhan pokok akan menjadi perlahan dan pembiakan rumpun juga berkurangan.

Cara Menyiram Pokok Kucai

Siram pokok pada waktu pagi dan petang terutama ketika cuaca panas. Pastikan medium sentiasa lembap, namun elakkan air bertakung kerana keadaan terlalu basah boleh menyebabkan akar mudah rosak.

Pembajaan Untuk Daun Lebih Subur

Bagi memastikan daun kucai sentiasa hijau dan lebat, lakukan pembajaan secara berkala.

Antara baja organik yang sesuai digunakan ialah baja tahi kambing atau baja berasaskan kopi. Kedua-duanya membantu menambah nutrien dalam tanah dan menyokong pertumbuhan daun yang lebih sihat.

Tip Penjagaan Pokok Kucai

  • Gunakan medium tanaman yang gembur dan mempunyai saliran baik.
  • Tanam menggunakan ubi yang sihat.
  • Potong daun secara berkala untuk merangsang pertumbuhan baharu.
  • Pastikan pokok menerima cahaya matahari yang mencukupi.
  • Siram secara konsisten terutama ketika musim panas.
  • Berikan baja organik mengikut jadual bagi mengekalkan kesuburan pokok.

Kesimpulan

Menanam pokok kucai di rumah bukan sahaja mudah, malah tidak memerlukan penjagaan yang rumit. Dengan medium yang sesuai, cahaya matahari yang mencukupi dan teknik memotong daun secara berkala, pokok kucai mampu membiak dengan cepat dan menghasilkan daun yang lebat.

Jika dijaga dengan baik, hanya beberapa ubi kucai sudah cukup untuk menghasilkan banyak rumpun yang boleh dituai berulang kali, sekali gus menjimatkan perbelanjaan dapur dan berpotensi menjadi sumber pendapatan sampingan.

Continue Reading
Advertisement

Trending