Connect with us

Tips Dan Petua

2 Bulan Dah Boleh Kutip Hasil Ini Kaedah Betul Tanam Bawang Merah

Published

on

2 Bulan Dah Boleh Kutip Hasil Ini Kaedah Betul Tanam Bawang Merah

Mahal sungguh harga bawang merah sekarang. Memandangkan harga bawang merah dah semakin mahal, ada baiknya mak-mak yang suka berkebun tu, tanam sendiri bawang merah ni di rumah. 2 bulan selepas tanam dah boleh dituai.

Memang jimat banyak dan puas hati. Tapi nak tanam bawang merah ni ada cara dan tipnya yang kena ikut.Boleh rujuk perkongsian Puan Azlina Mat Lazim:

Cara betul tanam sendiri Bawang Merah di rumah.

ARTIKEL LAIN : Boleh Cuba 5 Cara Mudah Tanam Ulam Selom Subur Merimbun Di Rumah

Nisbah media tanam:

  • Lebihkan pasir dari tanah dengan nisbah 2:1
  • Pasir = 2 bahagian campur Tanah berkebun = 1 bahagian.

Tanam di tempat terbuka. Musim panas, siram cukup-cukup saja, jangan siram air banyak. Jika lebih air bawang jadi busuk, mereput dan buruk.

Cara-Caranya:

1. Potong bawang seperti dalam gambar. Potong sebelah atas bawang hingga nampak isi tengah dan bahagian bawah bawang, potong sedikit sahaja akarnya.

2. Benamkan 3/4 sahaja bawah bawang atas tanah. Jangan timbus bawang dalam tanah sepenuhnya. Tunggu bawang naik daun dlm 4 atau 5 inci, barulah ditimbus bawang itu.

3. Kerap gemburkan tanah disekeliling bawang baik untuk pertumbuhan bebawang baru.

4. Bila sudah banyak keluar bebawang, jangan timbus dah…biarkan sahaja.

Tip Ekstra!

Pembajaan 2 kali seminggu guna baja AB, bancuhan seperti biasa. Boleh juga guna lain-lain baja yang di fikirkan baik.

Dua bulan selepas ditanam, ia sudah boleh dituai. Jika pokok bawang berbunga, jangan dibiarkan,terus petik dan buang kerana ia hanya akan merencatkan pembesaran bawang.

Bawang yang dituai akan di jemur untuk dapatkan bawang yang siap diguna.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak berjimat, boleh cuba tanam sendiri bawang merah ni di rumah. Ikut tip dan kaedah yang dikongsikan ini.

Selamat Mencuba!

ARTIKEL LAIN : Tanam Pokok Pudina Buat Teknik Macam Ni, Pokok Lagi Kukuh Dan Cepat Berakar

Sumber:Puan Azlina Mat Lazim

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Tanam Kucai Dalam Polibeg, Lagi Kerap Dipotong Lagi Cepat Membiak

Published

on

Cara Tanam Kucai Dalam Polibeg, Lagi Kerap Dipotong Lagi Cepat Membiak

Kucai merupakan antara sayuran yang mudah ditanam di rumah dan sering digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Selain dijadikan bahan dalam mi, sup, cucur dan masakan tumis, pokok kucai juga mempunyai kadar pertumbuhan yang cepat jika dijaga dengan baik. Tanam Kucai Dalam Polibeg

Menariknya, hanya dengan beberapa ubi kucai, anda boleh menghasilkan rumpun yang semakin membesar dari semasa ke semasa. Malah, jika hasilnya banyak, ia bukan sahaja mencukupi untuk kegunaan sendiri, malah boleh dijual bagi menambah pendapatan.

Bagi yang ingin mencuba, berikut ialah cara mudah menanam pokok kucai supaya cepat membiak dan sentiasa mengeluarkan daun baharu.

Medium Tanaman Yang Sesuai

Pokok kucai lebih mudah hidup dalam medium yang gembur dan mempunyai saliran air yang baik.

Campuran tanah topsoil bersama abu sekam padi merupakan antara pilihan yang sesuai kerana dapat mengekalkan kelembapan sambil memastikan akar mendapat pengudaraan yang mencukupi.

Cara Menanam Kucai

1. Gunakan ubi kucai

Pokok kucai lebih mudah dibiakkan menggunakan ubi atau rumpun berbanding biji benih.

Bagi setiap polibeg bersaiz 14 x 14 inci, memadai menanam sekitar tiga ubi supaya pokok mempunyai ruang mencukupi untuk membesar dan menghasilkan lebih banyak anak.

2. Tanam dalam medium yang lembap

Masukkan ubi ke dalam medium tanaman dan padatkan sedikit tanah di sekelilingnya. Siram secukupnya selepas selesai menanam bagi membantu akar menyesuaikan diri.

Rahsia Kucai Cepat Membiak

Salah satu teknik penting yang ramai tidak tahu ialah memotong daun kucai selepas kira-kira sebulan ditanam.

Daun yang dipotong akan merangsang pertumbuhan daun baharu dan pada masa yang sama membantu rumpun kucai menghasilkan lebih banyak anak. Semakin kerap dituai dengan cara yang betul, semakin cepat pokok membiak.

Keperluan Cahaya Matahari

Kucai memerlukan cahaya matahari yang mencukupi untuk tumbuh subur.

Letakkan tanaman di kawasan yang menerima cahaya matahari pada waktu pagi dan petang. Jika diletakkan di tempat yang terlalu teduh, pertumbuhan pokok akan menjadi perlahan dan pembiakan rumpun juga berkurangan.

Cara Menyiram Pokok Kucai

Siram pokok pada waktu pagi dan petang terutama ketika cuaca panas. Pastikan medium sentiasa lembap, namun elakkan air bertakung kerana keadaan terlalu basah boleh menyebabkan akar mudah rosak.

Pembajaan Untuk Daun Lebih Subur

Bagi memastikan daun kucai sentiasa hijau dan lebat, lakukan pembajaan secara berkala.

Antara baja organik yang sesuai digunakan ialah baja tahi kambing atau baja berasaskan kopi. Kedua-duanya membantu menambah nutrien dalam tanah dan menyokong pertumbuhan daun yang lebih sihat.

Tip Penjagaan Pokok Kucai

  • Gunakan medium tanaman yang gembur dan mempunyai saliran baik.
  • Tanam menggunakan ubi yang sihat.
  • Potong daun secara berkala untuk merangsang pertumbuhan baharu.
  • Pastikan pokok menerima cahaya matahari yang mencukupi.
  • Siram secara konsisten terutama ketika musim panas.
  • Berikan baja organik mengikut jadual bagi mengekalkan kesuburan pokok.

Kesimpulan

Menanam pokok kucai di rumah bukan sahaja mudah, malah tidak memerlukan penjagaan yang rumit. Dengan medium yang sesuai, cahaya matahari yang mencukupi dan teknik memotong daun secara berkala, pokok kucai mampu membiak dengan cepat dan menghasilkan daun yang lebat.

Jika dijaga dengan baik, hanya beberapa ubi kucai sudah cukup untuk menghasilkan banyak rumpun yang boleh dituai berulang kali, sekali gus menjimatkan perbelanjaan dapur dan berpotensi menjadi sumber pendapatan sampingan.

Continue Reading
Advertisement

Trending