Connect with us

Tips Dan Petua

Ulat Habuk ‘Berleluasa’ Ini Cara Hapvskan Dan Kawal Di Rumah

Published

on

Ulat Habuk ‘Berleluasa’ Ini Cara Hapvskan Dan Kawal Di Rumah

Bila dah banyak sangat ulat habuk ini dalam rumah, ini cara untuk anda hapuskan dan kawal ulat habuk atau kamitetep ini dari berleluasa!

Mungkin anda hairan kerana bentuknya adalah seperti serpihan kulit pokok dan hanya melekat setempat, tetapi jangan terkejut jika itu sebenarnya adalah sejenis larva yang dipanggil kamitetep.

Memetik laporan Sinar Harian, kamitetep ini adalah sejenis larva kecil yang boleh mengakibatkan kegatlan, lebam dan sakit yang lama.

CARA HAPUSKAN & KAWAL ULAT HABUK

ARTIKEL LAIN : Tahi Cicak Merata Tepi Tingkap Atasi Guna Bahan Ini Mudah Sangat Berkesan

Tak kisahlah apa nama yang korang panggil.. ulat habuk, ulat dinding, casebearer, dust worm ataupun dikenali sebagai kamitetep di Indn3sia. Ulat ni sebenarnya dalam fasa larva sebelum bertukar jadi kupu-kupu.

Selain kawasan berdebu, bersawang, kawasan berkelembapan tinggi (macam toilet, bilik stor/bilik yang tak cukup pengudaraan & cahaya matahari yang cukup), ulat habuk ni juga memang suka bersarang kat bawah katil & dalam almari.

Andai kata korang selalu bersihkan rumah & takde sawang sekalipun, tapi kalau kupu-kupu ni dah termasuk dalam rumah, ia tetap akan cari tempat untuk bertelur.

Kalau ada salah satu ciri-ciri yang disebut tadi, nak-nak dalam rumah memang banyak sumber makanan dia..dah memang ler jadik port dia beranak pinak.

Ulat habuk ni makan sawang labah-labah, rambut-rambut yang berguguran, bangkai serangga kecil & gak fabrik. Ulat ni memang boleh sebabkan rasa gatal jika kita digigit, & ulat beluncas kupu-kupu tu sendiri pun boleh sebabkan naik gatal-gatal badan bagi orang yang kulit sensitif & ada alahan.

Walaupun macam tu, gatal-gatal badan bila baring atas tilam & pakai pakaian dari almari tak semestinya berpunca dari ulat habuk yer. Boleh juga berpunca dari hama akibat dah lama tak bersihkan tilam atau pakaian yang dah lama tak digunakan.

Kalau tiba-tiba rasa gatal & ada tanda gigitan dengan bulatan kecil tu mungkin gak berpunca dari agas. So banyak punca lain jadi gatal-gatal ni melainkan korang memang jumpe sendiri la ulat habuk ni..

Ulat habuk ni boleh jer kita spray secara direct dengan spray ra cvn serangga. Tapi masalahnya, kita tak tahu kat mana kupu-kupu tadi bertelur. Bergantung pada spesis kupu-kupu tu sndiri, ada yang hasilkan 40-50 biji sekali bertelur.

Telur-telur ni bila dah menetas jadi larva, dia akan buat kelongsong kepompong & mula merayap pula. Telur-telur ni pun kena ha puskan sebelum ia menetas untuk elakkan masalah dikemudian hari.

Kat sini saya share cara hapuskan ulat habuk ni since saya pernah alami masalah ternak ulat habuk ni dalam almari secara tak sengaja (boleh baca post sebelum ni) & baru-baru ni kat trek sliding door dah jadik port baru dia pula (kawasan rumah sekarang ni banyak sangat ulat ni hampir setiap level ade jer bergantungan ulat habuk kat dinding even dalam lif pun ade juga.

HAPVSKAN ULAT HABUK DALAM ALMARI PAKAIAN

Kalau kupu-kupu bertelur dalam almari memang leceh sangat.. Sebab korang takkan tahu kat baju mana ia bertelur.

  1. Keluarkan semua pakaian dari almari.
  2. Cari pakaian/fabrik yang berlubang. Jika ada, asingkan dari pakaian lain sebab kemungkinan ada telur kupu-kupu. (Kupu-kupu biasanya bertelur kat sumber makanan dia supaya baby ulat dapat makan dengan cukup).
  3. Basuh pakaian yang berlubang dengan suhu 40°c, pakaian lain boleh dijemur dibawah panas matahari terik ATAU
  4. Basuh jer semua pakaian dengan suhu 40°c (disarankan). Cara ni leceh sikit, tapi sekurang-kurangnya korang dapat pastikan semua pakaian dah takde telur kupu-kupu tu.
  5. Almari pakaian korang tu, spray dengan air sabun & campuran cuka (saya gunakan spray cuka serbaguna saya je). Lap seluruh bahagian dalam & luar jika perlu. Cuka ni bersifat as1d & mampu membv nuh telur-telur serangga & hama.

6. Untuk elak ulat habuk bersarang dalam almari lagi, boleh gunakan ubat gegat ataupun bahan penyahlembapan (contohnya brand thirsty hippo) untuk serap kelembapan dalam almari & tak sesuai untuk pembiakan kupu-kupu.

Untuk almari baju ni, saya lebih suka ubat gegat dengan wangian bunga macam dalam Gambar 2. Saya beli di Mr. DIY.

(Klik SINI untuk beli ubat gegat perisa wangian di Shopee)

HAPUSKAN ULAT HABUK BAWAH KATIL

1. Cabut semua cadar & sarung bantal.

2. Jika bantal dari jenis yang boleh dicuci, sebaik-baiknya cuci & jemur bantal. Jika bantal tak boleh dicuci, spray dengan larutan cuka sebelum jemur bawah matahari.

3. Vakum tilam & bersihkan bawah katil.

4. Spray dengan larutan cuka pada keseluruhan tilam & juga bawah katil. Biarkan kering sendiri.

5. Untuk elak ulat habuk bersarang lagi, boleh letakkan ubat gegat bawah katil. TAPI jika anda ada masalah pernafasan/ada anak kecil lebih baik gunakan daun-daun yang berbau kuat yang boleh berfungsi halau serangga contohnya daun salam, daun durian belanda, etc. Tukar daun baru bila dah kering.

KAWAL ULAT HABUK DALAM RUMAH

Jujurnya kita hanya mampu kurangkan/kawal jer populasi ulat habuk ni dalam rumah. Takde jaminan pun kupu-kupu takkan masuk dalam rumah & bertelur lagi.

Cumanya kena kerap:

1. Bersihkan habuk & sawang

2. Kena kerap bukak tingkap untuk galakkan pengudaraan bagi bilik yang sentiasa lembap.

3. Bersihkan almari & katil secara berkala

4. Vakum kawasan yang susah nampak/nak bersihkan contohnya bawah katil, celah-celah trek pintu/tingkap sliding.

5. Bagi kawasan perumahan yang banyak kupu-kupu ni (biasanya perumahan berdekatan kawasan semak/kawasan yang belum diteroka), salah 1 cara nak kurangkan kupu-kupu masuk dengan elakkan buka lampu luar rumah sebab serangga akan mudah tertarik pada cahaya.

Harap-harap sikit sebanyak dapatlah bantu korang atasi masalah ulat habuk tu..

Semoga Manfaat!

ARTIKEL LAIN : Bilik Air Bau Busuk & Ada Lipas, Letak 2 Bahan Ini. Confirm Wangi, Lipas Pun Lari

Sumber: Yatie Eimra / siraplimau

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

3 Cara Buat Baja Organik Daripada Kepala dan Kulit Udang Untuk Suburkan Tanaman

Published

on

3 Cara Buat Baja Organik Daripada Kepala dan Kulit Udang Untuk Suburkan Tanaman

Kepala dan kulit udang biasanya dianggap sebagai sisa dapur yang tidak lagi digunakan selepas proses memasak. Kebanyakan orang akan terus membuangnya, manakala sebahagian lagi menjadikannya bahan untuk menghasilkan stok masakan.

Namun, tidak ramai yang mengetahui bahawa sisa udang ini sebenarnya boleh dimanfaatkan sebagai baja organik yang berpotensi menyuburkan tanaman. Kandungan nutrien semula jadi yang terdapat pada kepala dan kulit udang boleh membantu memperbaiki kesuburan tanah serta menyokong pertumbuhan pokok.

Bagi penggemar berkebun di rumah, penggunaan baja organik daripada sisa dapur bukan sahaja menjimatkan kos, malah membantu mengurangkan pembaziran bahan makanan.

Mengapa Kepala dan Kulit Udang Baik Untuk Tanaman?

Kulit dan kepala udang mengandungi pelbagai unsur semula jadi yang boleh memberi manfaat kepada tanah dan tumbuhan apabila diuraikan dengan betul.

Antara bahan yang sering dikaitkan dengan kulit udang ialah chitosan, iaitu sebatian semula jadi yang banyak digunakan dalam bidang pertanian bagi membantu meningkatkan ketahanan tanaman terhadap tekanan persekitaran tertentu.

Apabila diproses menjadi baja organik, sisa udang dapat menjadi salah satu sumber nutrien tambahan untuk tanaman di rumah.

1. Air Rebusan Kepala Udang

Kaedah ini sesuai bagi mereka yang mahukan cara paling mudah dan cepat untuk memanfaatkan sisa udang.

Cara Penyediaan

  1. Kumpulkan kepala dan kulit udang yang telah dibersihkan.
  2. Rebus sehingga mendidih dalam air yang mencukupi.
  3. Biarkan campuran sejuk sepenuhnya.
  4. Asingkan air rebusan daripada sisa pepejal.

Air rebusan yang terhasil boleh digunakan untuk menyiram kawasan tanah di sekitar pokok selepas dicairkan mengikut keperluan.

Sementara itu, baki kepala dan kulit yang telah direbus boleh ditanam ke dalam tanah sebagai bahan organik tambahan yang akan terurai secara semula jadi.

2. Sangai atau Jemur Hingga Kering

Kaedah kedua lebih sesuai untuk mereka yang ingin menghasilkan baja yang tahan lama dan mudah disimpan.

Cara Penyediaan

  1. Jemur atau sangai kepala dan kulit udang sehingga benar-benar kering.
  2. Pastikan bahan menjadi rapuh sebelum diproses.
  3. Kisar atau tumbuk sehingga menjadi serpihan halus.
  4. Simpan dalam bekas yang kering dan bertutup.

Serbuk yang terhasil boleh dicampurkan ke dalam media tanaman atau ditabur pada permukaan tanah sebagai baja organik tambahan.

Kelebihan utama kaedah ini ialah bahan boleh disimpan dalam tempoh yang lebih lama tanpa mudah rosak.

3. Peraman Bersama Gula Merah

Kaedah peraman sering digunakan oleh pengamal pertanian organik kerana menghasilkan cecair yang lebih pekat dan mudah digunakan sebagai semburan tanaman.

Cara Penyediaan

  1. Tos kepala dan kulit udang sehingga tidak terlalu basah.
  2. Campurkan bersama gula merah dalam bekas yang sesuai.
  3. Tutup rapat dan simpan di tempat yang teduh.
  4. Biarkan proses peraman berlangsung selama beberapa minggu.
  5. Tapis cecair yang terhasil sebelum digunakan.

Cecair peraman ini biasanya dicairkan terlebih dahulu sebelum digunakan pada tanaman sebagai semburan atau siraman mengikut kesesuaian.

Kelebihan Baja Organik Daripada Sisa Udang

  • Mengurangkan pembaziran sisa dapur.
  • Menambah bahan organik dalam tanah.
  • Membantu meningkatkan kesuburan tanah secara semula jadi.
  • Menjadi alternatif kepada baja kimia tertentu.
  • Mudah dihasilkan menggunakan bahan yang tersedia di rumah.

Tanaman Yang Sesuai Menggunakan Baja Ini

Baja organik daripada kepala dan kulit udang boleh digunakan pada pelbagai jenis tanaman termasuk:

  • Pokok cili.
  • Tomato.
  • Terung.
  • Bendi.
  • Sayuran berdaun.
  • Pokok buah-buahan dalam pasu.

Walau bagaimanapun, penggunaan perlu dilakukan secara sederhana dan mengikut keperluan tanaman bagi mengelakkan pengumpulan bahan organik yang berlebihan.

Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian

Pastikan bahan yang digunakan tidak dibiarkan mereput secara terbuka berhampiran tanaman kerana ia boleh menarik kehadiran lalat atau haiwan perosak lain.

Selain itu, semua proses peraman dan penyimpanan perlu dilakukan dalam bekas yang sesuai untuk mengelakkan bau yang terlalu kuat.

Kesimpulan

Kepala dan kulit udang bukan sekadar sisa dapur yang perlu dibuang. Dengan sedikit kreativiti, bahan ini boleh ditukar menjadi baja organik yang bermanfaat untuk tanaman di rumah.

Sama ada melalui kaedah rebusan, pengeringan atau peraman, setiap teknik mempunyai kelebihan tersendiri dan boleh dipilih mengikut keselesaan masing-masing. Selain membantu menyuburkan tanaman, amalan ini juga menyokong konsep kitar semula dan berkebun secara lebih lestari.

Continue Reading
Advertisement

Trending