Connect with us

Tips Dan Petua

Pokok Rimbun Dan Subur Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Baja Organik Di Rumah Mudah Lebih Jimat

Published

on

Pokok Rimbun Dan Subur Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Baja Organik Di Rumah Mudah Lebih Jimat

Ok stok baja organik dah nak habis.. Jadi kita proses buat lain.. Sesuai untuk semua tanaman.. Modal RM pun ciput jaa nak buat baja ni.. Saya guna dah hampir 2 tahun dah sejak belajar berkebun dekat rumah..

Sayuran dan bunga-bungaan saya belum pernah kena serangan serangga perosak sejak guna baja buatan sendiri ni lagi bagus kan.

DIY BAJA ORGANIK, MODAL ‘CIPUT’ JE

ARTIKEL LAIN : Boleh Cuba 5 Cara Mudah Tanam Ulam Selom Subur Merimbun Di Rumah

1. Sediakan 100gm MSG, sisa perut ikan 3 kg, gula merah 3 kg, bawang putih 5 labu atau lebih, kulit telur yang dikisar 500gm.

2. Letak semua bahan ini dalam bekas dan campur air yang tiada klorin lebih kurang 10 atau 15 liter.

3.Perap selama sebulan di tempat gelap, jika tiada tempat gelap anda boleh tutup dengan plastik hitam.

4.Selepas sebulan tapis dah boleh terus guna. Nak simpan dulu pun boleh.

Cara Penggunaan

1. Ambil 10ml baja organik campur dengan 2 liter air tanpa klorin. Sembur pada daun dan pucuk pokok. Boleh juga siram pada pangkal pokok sayur yang berdaun, berbuah dan juga pokok bunga hiasan.

Hasil tanaman memang segar-segar dan hijau!

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Tabur Bahan Ini Dan Ikut Caranya Boleh Buatkan Pokok Kantan Subur Serta Berbunga Lebat

Sumber: Md Khalil Salleh via Berkebun D Rumah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending