Connect with us

Ap Resepi

Penggemar Ubi Dan Kelapa, Boleh Cuba Buat Lempeng Ubi Kayu Rasa Sedap Sangat

Published

on

Rasa Lempeng Ubi Kayu yang lemak manis bercampur aroma kelapa memang memikat selera, pasti licin sekelip mata! Nak cuba? Jom lihat resepi penuh di bawah.

Resepi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar ubi dan kelapa, anda wajib cuba resepi mudah ini!

Lempeng ini juga sesuai dinikmati sebagai hidangan minum petang atau sarapan pagi, malah lebih nikmat dimakan ketika hujan.

RESEPI LEMPENG UBI KAYU

Bahan-bahan:

  • Ubi kayu
  • 1 biji telur
  • Kelapa parut
  • 2-3 sudu besar santan
  • 1 sudu besar gula
  • Sedikit garam
  • 2-3 sudu besar tepung gandum

Cara-cara:

1. Sagat ubi kayu menggunakan penyagat. Kalau tiada boleh guna pengisar. Tapi kalau sagat boleh gigit dan rasa ubi itu.

2. Letakkan telur, kelapa parut, santan, gula, garam dan tepung gandum. Kacau semua bahan sehingga sebati.

3. Panaskan kuali leper dan oles sedikit minyak.

4. Cedok sesenduk adunan dan tuangkan ke atas kuali yang telah dipanaskan. Ratakan adunan ke seluruh kuali.

5. Masak lempeng dengan api sederhana sehingga kedua-dua belah permukaannya berwarna kuning keemasan dan garing.

Selamat mencuba.

Sumber: Nor Farah Atika

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending