Connect with us

Ap Resepi

Kuah Sedap Pedas Manis Resepi Sambal Sotong Cumi Kering

Published

on

Sambal Sotong Cumi Kering adalah hidangan sambal sedap yang menggunakan sotong cumi. Biasanya, peniaga nasi lemak akan jadikan hidangan ini sebagai salah satu pilihan lauk.

Rasanya agak lama kita tak dengar orang buat Sambal Sotong Cumi Kering sedangkan lauk ini sebenarnya sungguh sedap. Kali ini, kami kongsikan resipinya untuk anda cuba di rumah.

Selain itu, hidangan lauk ini agak mudah dijumpai di mana-mana kedai nasi campur. Setiap kali nampak lauk ini, pasti ambil beberapa senduk punyalah.

Cara memasaknya sangat mudah dengan hanya mengikut resipi yang dikongsikan oleh Akma Abdullah di Facebook ini. Jom kita cuba!

RESEPI SAMBAL SOTONG CUMI KERING

Bahan-bahan:

  • Sotong cumi
  • Cili kering (direbus dan dikisar dengan bawang merah)
  • Bawang merah (dikisar)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Asam keping
  • Garam
  • Gula
  • Perasa

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, basuh sotong cumi dengan bersih dan rendam dengan air selama 15 hingga 20 minit.

2. Selepas itu, kisar cili kering dan bawang merah.

3. Kemudian, panaskan minyak dan tumis bawang putih serta masukkan cili kering yang sudah dikisar tadi.

4. Seterusnya, masak dengan menggunakan api sederhana sampai sambal masak dan pecah minyak.

5. Setelah itu, masukkan sotong, garam, gula dan perasa, tapi garam jangan letak banyak sangat sebab sotong itu sudah ada rasa masin dan terpulang nak ganti perasa dengan letak kiub ikan bilis pun boleh.

6. Akhir sekali, masukkan asam keping dan kacau sekejap. Jika pekat sangat, boleh tambah air. Siap untuk dihidang!

Selain dimakan dengan nasi lemak, Sambal Sotong Cumi Kering juga boleh dibuat lauk untuk makan dengan nasi putih yang panas.

Tambahan lagi, lauk ini juga sedap digabungkan dengan aroma petai yang sungguh enak. Jika suka, anda boleh tambah dalam resipi ini nanti.

Selamat mencuba.

Sumber: Akma Abdullah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending