Connect with us

Ap Resepi

Satu Kuali Boleh Makan Baru Puas Resepi Daging Enoki Roll

Published

on

Resepi daging enoki roll sangat sesuai untuk sesiapa saja yang mencari hidangan ringkas tapi sedap. Hidangan ini juga boleh disiapkan dalam masa 30 minit sahaja.

Resepi ini sempurna untuk dinikmati sebagai makan malam yang lazat tanpa perlu menggunakan nasi. Dengan gabungan rasa daging lembut, cendawan enoki rangup dan sos yang menyelerakan.

Jom cuba cara penyediaannya!

RESEPI DAGING ENOKI ROLL

Bahan-Bahan:

  • Beef shabu-shabu atau beef slice
  • Cendawan enoki – Basuh bersih, buang akar, dan potong kecil.
  • 1 senduk kecil air
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu kecil garlic powder (serbuk bawang putih)
  • Garam atau gula (pilihan, jika ingin menyesuaikan rasa)
  • Setengah labu bawang Holland – dihiris nipis.
  • 2 biji telur – bancuh.
  • Daun bawang dan serbuk cili (chilli flakes) – untuk hiasan.

Cara Penyediaan:

1. Ambil sekeping beef slice, hamparkan di atas dulang.

2. Letakkan sedikit cendawan enoki yang telah dibersihkan di atas daging.

3. Gulungkan cendawan dengan kemas menggunakan beef slice. Letakkan gulungan siap di tepi.

4. Dalam mangkuk, campurkan air, kicap manis, sos lada hitam, minyak bijan, dan garlic powder.

5. Jika suka rasa manis, tambah sedikit gula. Rasa dahulu untuk kesesuaian. Ketepikan sos.

6. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumis hirisan bawang Holland hingga layu.

7. Susun gulungan Enoki Beef Roll di dalam kuali dengan api kecil.

8. Tuangkan sos yang telah disediakan tadi ke atas gulungan daging.

9. Tutup kuali dan biarkan masak selama lebih kurang 10 minit.

10. Apabila daging hampir masak, tuangkan bancuhan telur di sekeliling gulungan.

11. Tutup semula kuali selama 2 minit sehingga telur masak.

12. Taburkan daun bawang dan serbuk cili di atas hidangan sebelum dihidangkan.

Tips Cepat dan Mudah:

1. Jika tiada beef shabu-shabu, boleh gunakan beef slice lain yang nipis.

2. Hidangan ini sangat sesuai dimakan begitu sahaja, tanpa perlu nasi atau lauk tambahan.

Sumber: Syalfarina Razali

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending