Connect with us

Ap Resepi

Gebu Lembut Resepi Kuih Keria Makan Seketul Tak Cukup

Published

on

Dengan hanya melumatkan keledek dan campur dengan tepung gandum, kemudian goreng dan sira bersama gula, anda boleh hasilkan kuih keria yang cukup lazat dimakan.

Selain karipap dan donat, kuih keria juga sering dijual dan mendapat permintaan ramai. Sebenarnya, ada rahsia dalam resepi kuih keria sedap untuk jadikannya gebu dan montok.

Jika nak hasilnya lebih gebu dan montok, anda perlu ikut langkah demi langkah dalam resepi kuih keria yang dikongsikan oleh Hamizah Yatim di Facebook ini. Jom kita cuba!

RESEPI KUIH KERIA SEDAP

Bahan-bahan kuih keria:

  • 1½kg keledek oren
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung beras
  • Sedikit garam
  • Minyak masak

Bahan-bahan air gula sira:

  • 9 sudu makan gula
  • 9 sudu air

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, kupas dan rebus keledek oren sehingga empuk bersama sedikit garam.

2. Apabila keledek oren sudah empuk, tos dan masukkan dalam besen, kemudian terus lenyek semasa masih panas.

3. Setelah itu, ketepikan dan biarkan sejuk terlebih dahulu.

4. Apabila sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan tepung beras ke dalam besen yang berisi keledek oren tadi, kemudian gaul sehingga sebati.

5. Seterusnya, lumurkan tangan dengan sedikit minyak untuk mengelakkan adunan melekat dan timbang adunan seberat 40 gram.

6. Kemudian, bulat-bulatkan dan tekan terus di bahagian tengah untuk buat lubang (ini sebab hasil keria nampak montok, sebab tak leperkan).

7. Selepas itu, panaskan minyak dan masukkan keria, kemudian goreng dengan api sederhana sampai agak sedikit garing, angkat dan toskan. Siap!

Cara-cara membuat air gula sira:

1. Mula-mula, masak gula dengan air sampai rupanya sedikit likat.

2. Kemudian, masukkan keria yang telah digoreng tadi.

3. Akhir sekali, gaul sebati sampai gula tersalut elok dengan keria. Siap untuk dinikmati!

Anda boleh mengolah resepi kuih keria sedap ini dengan menggantikan keledek oren kepada kentang juga. Jika hidangkan bersama teh O panas, lebih bertambah nikmatnya.

Selamat mencuba.

Sumber: Hamizah Yatim

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending