Connect with us

Ap Resepi

Selera Makan Bertambah Kena Ikan Masak Asam Yang Simple Begini

Published

on

Ikan Masak Asam adalah salah satu lauk ringkas yang paling ramai suka buat di rumah kerana cara memasaknya cukup mudah tanpa jalan kerja yang renyah.

Nampak ada ikan dan asam jawa di dapur, terus terfikir nak masak lauk yang paling mudah iaitu Ikan Masak Asam. Setelah buat ikut resepi ini, pasti anda puas hati nanti.

Nak buat resepi paling sedap, anda boleh ikut langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Akma Abdullah di Facebook ini. Jom kita cuba!

RESEPI IKAN MASAK ASAM

Bahan-bahan:

  • Ikan
  • Air asam jawa (ikut nak masam macam mana)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • Cili (jika suka pedas, letak banyak)
  • Halia (tak letak pun boleh)
  • Gula (sedikit saja)
  • Garam
  • Kunyit

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, goreng ikan dulu yang sudah dilumur dengan kunyit dan garam.

2. Selepas itu, guna minyak ikan tadi dan tumis bawang merah serta bawang putih sampai wangi.

3. Kemudian, masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih.

4. Seterusnya, masukkan ikan, bawang besar, cili, gula dan garam.

5. Setelah itu, perlahankan api dan tunggu bawang sudah layu, baru tutup api. Siap untuk dihidang!

Antara jenis ikan yang sesuai digunakan dalam resipi ini ialah kembung, tenggiri dan kerisi. Paling menarik, lauk ini sebenarnya boleh dimasak secara goreng ikan atau direbus dahulu.

Sesetengah orang tak suka letak gula dalam Ikan Air Asam, tapi nak seimbangkan rasa, boleh letak sedikit gula saja dalam resipi ini.

Kadangkala sibuk dengan tugas seharian tapi tetap nak buat hidangan lauk yang sedap untuk keluarga. Oleh itu, kami cadangkan anda buat saja resipi mudah ini di rumah.

Selamat mencuba.

Sumber: Akma Abdullah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending