Connect with us

Ap Resepi

Masakan Jawa Ayam Masak Kicap Bersantan Boleh Tahan Sedap

Published

on

Resepi ini merupakan perkongsian dari Cik Puan Syalfarina Razali yang mempelajari resepi ini melalui ibu beliau. Rugi kalau anda tidak mencuba resipi ayam kicap ini.

Ayam kicap jawa atau lebih dikenali sebagai ayam kicap semur sedap dihidangkan bersama nasi panas. Kuah yang pekat berlemak dan rasa manis kicap pasti akan membuka selera.

Jom baca resepi penuh.

RESEPI AYAM KICAP ALA JAWA

Bahan-Bahan:

  • Setengah ekor ayam (lumur dengan serbuk kunyit dan garam)
  • 4 ulas bawang merah (blend atau tumbuk)
  • 6 ulas bawang putih (blend atau tumbuk)
  • Seinci halia (hiris atau ketuk)
  • Minyak goreng (dari menggoreng ayam)
  • Penumis 4 sekawan (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, dan cengkih)
  • Air asam jawa (secukupnya)
  • Kicap manis (mengikut citarasa)
  • Santan (lebih kurang 5 sudu besar)
  • Gula dan garam (secukup rasa)

Cara Memasak:

1. Lumurkan setengah ekor ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng ayam sehingga separuh masak; tidak perlu goreng hingga garing kerana ayam akan menjadi keras.

2. Blend bawang merah dan bawang putih hingga halus. Untuk halia, hiris atau ketuk mengikut kesukaan.

3. Dalam kuali yang sama dengan minyak goreng ayam, masukkan penumis 4 sekawan, hirisan halia, dan bawang yang telah diblend. Tumis sehingga wangi dan naik bau.

4. Ramas sedikit asam jawa dengan air dan masukkan ke dalam tumisan. Ini akan memberikan sedikit kuah pada hidangan. Jika tidak ada asam jawa, setengah sudu asam jawa juga sudah mencukupi.

5. Masukkan ayam yang telah digoreng ke dalam tumisan. Reneh sehingga ayam masak sepenuhnya.

6. Tuangkan kicap manis ke dalam kuali. Saya menggunakan kicap manis yang disarankan oleh mak ngah kerana ia memberi rasa yang sedap untuk masakan ini.

7. Renehkan tumisan sehingga kuah agak pekat. Kemudian, masukkan santan. Anda boleh menganggarkan lebih kurang 5 sudu besar.

8. Tambahkan sedikit gula dan garam, sesuaikan mengikut citarasa.

Sumber: Syalfarina Razali

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending