Connect with us

Ap Resepi

Masakan Utara Resepi Parpu Telur Yang Susah Nak Jumpa Dah Sekarang

Published

on

Ia diperbuat dari kacang parpu. Namun begitu, boleh juga digantikan dengan kacang dhal, bergantung kepada cita rasa masing-masing. Masakan parpu telur tidak asing lagi dalam kalangan penduduk negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia.

Menurut empunya resepi iaitu Puan Masni Bahari, masakan ini lebih sedap jika diletakkan telur rebus atau telur pecah. Jom lihat resepi penuh di bawah!

RESEPI PARPU TELUR

Bahan-bahan:

  • Kacang parpu (rendam dalam air semalaman)
  • Telur (boleh rebus atau pecah)
  • Santan
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam
  • Serbuk perisa (jika suka)
  • Ubi kentang (dibelah 4)
  • Tomato (dibelah 4)

Bahan kisar:

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia

Bahan tumis darat:

  • Bawang besar (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Daun kari
  • Cili kering (potong 2)

Cara memasak:

1. Rebus kacang parpu yang telah direndam semalaman itu dalam periuk atau kuali.

2. Kemudian, tuangkan bahan kisar dan juga serbuk kunyit.

3. Rebus sehingga kacang parpu menjadi lembut.

4. Bila sudah lembut, masukkan ubi kentang dan biarkan sehingga empuk.

5. Apabila kentang sudah empuk, masukkan telur, garam, serbuk perasa dan tomato.

6. Dalam kuali lain, tumis bawang besar, bawang putih, daun kari dan cili kering dengan sedikit minyak (ini dipanggil tumis darat).

7. Bila bahan tumis darat sudah garing, tuangkan ke atas masak parpu tadi.

Pastikan kuah mendidih sebelum ditutup api.

Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Sumber: Masni Bahari

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending