Connect with us

Ap Resepi

Sedap Pedas Secukup Rasa Menu Resepi Udang Masak Lemak Cili Api

Published

on

Buat anda yang sukakan pedas pasti cukup menggemari Udang Masak Lemak Cili Api. Lauk ini cukup terkenal dengan rasa lemaknya bersama udang yang sangat menyelerakan.

Setiap kali bercuti ke Negeri Sembilan, kita wajib cuba masakan lemak yang cukup padu di sana. Tapi sudahkan anda tahu tentang resepi ini yang sedap?

Tak dinafikan apa saja hidangan berasaskan udang atau seafood memang sedap. Paling nikmat apabila dapat makan nasi yang panas berlaukkan Udang Masak Lemak Cili Api.

Jika anda mahukan resepi Udang Masak Lemak Cili Api yang ringkas tapi sedap, anda boleh ikut resepi yang dikongsikan oleh مامي عايشه di Facebook ini.

RESEPI UDANG MASAK LEMAK CILI API

Bahan bahan:

  • 1 kg udang sederhana besar
  • 10 cili api
  • 3 bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Kunyit hidup
  • Santan
  • Sedikit air asam jawa
  • Daun kunyit (dihiris)
  • 2 batang serai (diketuk)

Cara-cara:

1. Tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup sehingga lumat.

2. Masukkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk yang telah dipanaskan.

3. Tunggu sehingga cili masak kemudian masukkan santan cair.

4. Setelah mendidih, masukkan sedikit air jawa, santan pekat dan serai.

5. Tunggu sehingga mendidih sekali lagi, kemudian masukkan udang dan akhir sekali hirisan daun kunyit.

6. Masukkan sedikit garam dan secukup rasa. Siap!

Walaupun jalan kerjanya tak terlalu banyak, tapi resepi Udang Masak Lemak Cili Api ini cukup sempurna di tekak. Senang cerita, cukup lemak dan pedasnya!

Jika anda nak kurangkan pedas, anda cuma perlu kurangkan cili api saja. Ia tetap sedap dan bakal buat selera sesiapa saja terangkat.

Jika anda nak variasikan masakan, boleh tukar udang dengan ayam, ikan atau daging. Mudah bukan?

Selamat mencuba.

Sumber: مامي عايشه

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending