Connect with us

Ap Resepi

Menu Malam Yang Simple Resepi Karipap Roti Sardin

Published

on

Karipap Roti Sardin merupakan karipap berinti ikan sardin dalam tin yang kerap digunakan sebagai inti karipap ini di Malaysia.

Karipap atau dipanggil juga sebagai epok-epok adalah kuih goreng yang sentiasa disukai ramai. Pelbagai jenis karipap yang ada, tapi mak-mak paling suka dengan resepi Karipap Sardin.

Lebih puas makan jika kulitnya rangup bersama inti yang sedap. Biasanya pastri atau kulit karipap ini sama seperti karipap kentang mahupun karipap daging.

Kali ini kami jumpa resepi Karipap Sardin menarik dikongsikan oleh Zura Zul di Facebook yang menggunakan roti sebagai kulitnya. Jom cuba!

RESEPI KARIPAP SARDIN GUNA ROTI

Bahan-bahan karipap:

  • 10 hingga 13 keping roti
  • Sedikit tepung gandum dan air (untuk dijadikan gam)
  • Kayu penggelek plastik (yang berjalur)Inti Sardin

Bahan-bahan inti sardin:

  • 1 tin kecil sardin*
  • 4 ulas bawang merah (dipotong dadu kecil-kecil)*
  • 5 biji cili api (dihiris nipis)
  • 1 biji kentang yang bersaiz kecil (dipotong dadu kecil-kecil)*
  • Sedikit sos cili
  • Garam dan serbuk perasa

Cara-cara:

1. Satukan sardin, kentang, bawang dan cili api, kemudian gaul-gaul sebatikan.

2. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan sardin. Masukkan sedikit sos cili dan kacau-kacau rata.

3. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa

4. Canaikan nipis roti gardenia dengan penggelek.

5. Letak roti tersebut dalam acuan karipap, kemudian isi inti sardin. Sapukan gam tepung keliling roti tadi, kemudian tekan kemas2, buang lebihan roti tadi.

6. Goreng dalam minyak panas hingga garing keemasan, kemudian angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!

Manalah tahu ada roti yang hampir dengan tarikh luput di rumah, bolehlah mak-mak guna resepi Karipap Sardin yang ringkas ini.

Kuih goreng seperti ini memang enak dinikmati tak kira masa. Paling puas makan Karipap Sardin ini bersama teh O panas.

Selamat mencuba.

Sumber: Zura Zul

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending