Connect with us

Ap Resepi

Anak Siap Tambah Nasi Menu Resepi Ayam Masak Kicap

Published

on

Hidangkan menu ayam masak kicap panas-panas bersama nasi putih. Kuahnya yang pekat dan penuh rasa rempah pasti menggoda selera anda.

Resepi ini penuh dengan rasa rempah yang memikat. Kombinasi ayam goreng, kentang dan kuah kicap pekat menjadikannya pilihan yang sempurna untuk makan siang atau malam.

Di dalam resepi ini juga turut kami sertakan tip tambahan yang akan membuatkan juadah ini dua kali ganda sedap.

Jom baca!

RESEPI AYAM KICAP BEREMPAH

Bahan-Bahan Utama:

  • Ayam – ½ ekor, dipotong kecil, digaul dengan garam dan kunyit, kemudian digoreng.
  • Kentang – 2 biji, dihiris dan digoreng hingga keemasan.

Bahan Tumbuk:

  • 1 biji bawang merah.
  • 1 inci halia.
  • 2 ulas bawang putih.
  • 1 biji buah keras.

Bahan Hiris:

  • 1 biji bawang merah.
  • 1 ulas bawang putih.
  • 2 hiris halia.

Bahan Lain:

  • 1 batang serai – diketuk.
  • 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih).
  • 2 pelepah daun kari.
  • 3 sudu besar cili kisar.
  • 1 sudu besar perencah sup.
  • 1 sudu besar serbuk kari daging.
  • 1 sudu besar sos tiram.
  • Kicap manis dan masin secukupnya (disyorkan guna kicap ABC).
  • Garam dan gula secukup rasa.

Bahan Hiasan:

  • Bawang besar – dihiris bulat.
  • Cili hijau dan merah – dihiris.
  • Daun bawang – dicincang.

Cara-Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan hiris sehingga naik bau. Masukkan serai yang diketuk, rempah 4 sekawan, dan daun kari. Tumis sehingga harum.

2. Tambahkan bahan tumbuk ke dalam tumisan. Gaul rata dan masak sehingga bahan menjadi wangi dan keperangan.

3. Tambahkan cili kisar, perencah sup, dan serbuk kari daging ke dalam kuali. Tumis sehingga bahan pecah minyak. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air untuk memastikan bahan tidak hangus.

4. Masukkan sos tiram, kicap manis, dan kicap masin. Tambahkan satu sudu gula untuk seimbangkan rasa. Jika kuah terlalu pekat, tambah sedikit air mengikut keinginan.

5. Masukkan ayam goreng dan kentang goreng ke dalam kuali. Gaul rata sehingga semuanya bersalut dengan kuah.

6. Masukkan hirisan bawang besar, cili hijau, cili merah, dan daun bawang. Biarkan seketika sehingga semua bahan mesra dan cukup masak.

Tips Tambahan:

1. Jika ingin kuah lebih pekat, biarkan kuah mendidih lebih lama di atas api kecil.

2. Anda boleh menambahkan sedikit serbuk lada hitam untuk rasa rempah yang lebih kaya.

3. Hidangan ini juga boleh dipelbagaikan dengan menambah sayuran seperti lobak merah atau kacang panjang.

Selamat mencuba.

Sumber: Ida Zairi

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending